View: 15866|Reply: 10
|
[Tempatan]
CCTV pantau pegawai imigresen di pintu masuk negara
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 17-10-2024 02:47 PM
sinarharian.com.my
Oleh
QURRATUL AINA QUDDUS
17 Oktober 2024 07:30am
Laporan Sinar Harian pada Khamis.
DALAM usaha memperketatkan kawalan sempadan negara, kerajaan telah mengambil langkah proaktif dengan memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau pegawai imigresen yang bertugas di pintu masuk negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, mereka yang bertugas juga tidak dibenarkan untuk membawa alat telekomunikasi.
Ia dilihat sebagai satu pendekatan yang mungkin berkesan bagi menghalang warga asing masuk ke dalam negara secara haram.
Ia berikutan Saifuddin Nasution berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengeluarkan 25,214 notis penolakan masuk (NTL) kepada warga asing pelbagai negara bagi tempoh Januari hingga September lalu.
JIM dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan perolehan bagi sistem saringan awal penumpang atau advance passenger screening system serta dalam fasa akhir untuk menaik taraf CCTV yang dilengkapkan audio dan visual di setiap kaunter pemeriksaan.
Jika terdapat pelancong yang berada di kawasan pintu masuk terlalu lama tanpa melalui pemeriksaan, pihak berkuasa akan mengambil tindakan pantas untuk menyiasat disebabkan kelengahan tersebut.
Bagi alat telekomunikasi seperti telefon bimbit pula, ia mengelakkan sebarang komunikasi dua hala yang tidak dibenarkan antara pegawai dengan pihak luar apabila melibatkan sindiket yang sering merasuah pegawai.
Justeru, dengan pendekatan yang lebih proaktif berkenaan, pihak berkuasa berharap dapat menutup ruang kepada sebarang cubaan jenayah di sempadan negara dan memastikan keselamatan serta integriti negara kekal terjaga.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Akak cadangkan biar NETIZEN yang pantau... netizen kan banyak masa |
|
|
|
|
|
|
|
yg pantau cctv jgn pula makan rasuah... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by zafira at 17-10-2024 03:37 PM
macamana aku boleh terbaca CCTV pantau pegawai imigresen di pintu masuk neraka . Harap kali ni buat kerja betul-betul. |
|
|
|
|
|
|
|
Kiri kanan bahu ada malaikat perati 24jam pun tak cukup. Nak malaikat maut jelmakan diri baru nak insaf. |
|
|
|
|
|
|
|
Finally dah setuju nak pasang cctv setelah bertahun lamanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Eh blackoutlah. Eh cctv rosaklah. Tunggu mentenan dtg repair.
|
|
|
|
|
|
|
|
pokokmeranti replied at 17-10-2024 03:19 PM
yg pantau cctv jgn pula makan rasuah...
Itula..last2 rupanya yg pantau cctv pun lg teruk dr hanjeng..sama jah peginya |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kritikal sgt guna bodycam & jugak rotate position randomly |
|
|
|
|
|
|
|
Tak guna alat komunikasi..dia guna bahasa isyarat plak..
Hahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|