View: 28465|Reply: 2
|
[Politik]
Patutlah gigih berdemo di Sogo, ada bangkai sendiri rupanya yang ingin dikambus
[Copy link]
|
|
Edited by pengecattaik at 18-10-2024 01:16 AM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu dua lagi lokasi yang digunakan untuk menyimpan wang susulan siasatan terhadap dakwaan skandal konsesi perlombongan pasir di Selangor.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mendedahkan wang Singapura berjumlah SGD$74,000 (RM243,000 ) dan SGD$78,000 (RM256,000) dirampas di dua lokasi berasingan di Lembah Klang.
Selain itu, katanya, SPRM juga mendapat maklumat ada wang, yang jumlahnya tidak didedahkan, dilaburkan di Singapura.
“Dan juga mungkin ada dibuat penyimpanan di bank-bank lain. Yang ini sedang kita siasat,” katanya.
Ahad lalu SPRM menyerbu sebuah pangsapuri di Kuala Lumpur yang disyaki digunakan sebagai tempat menyimpan wang rasuah dan menyita mata wang Singapura berjumlah SGD1,529,000 (RM5 juta).
Wang itu dikatakan untuk membiayai kegiatan politik seorang pemimpin pembangkang.
Terdahulu SPRM menahan bekas pegawai kanan di Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, ahli perniagaan yang rapat dengan seorang pemimpin politik, seorang pemandu serta pegawai syarikat penerima konsesi.
MalaysiaKini |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-10-2024 08:33 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Oooo ada kes rupayanya anak sdr Azmin? Saya penasaran, tanya Google, keluar tajuk spt di bawah:
* Anak saudara Azmin terlibat kes lombong pasir haram, ...
* SPRM: Tangkapan anak saudara Azmin tiada motif politik
berita pd tahun 2017. |
|
|
|
|
|
|
| |
|