|
Skandal perlombongan pasir: SPRM geledah enam premis, jumpa wang tunai RM600,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemukan wang tunai berjumlah RM600,000 setelah menggeledah sebuah premis dipercayai mempunyai kaitan dengan ahli politik berpengaruh pada Rabu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, serbuan dilakukan SPRM itu susulan siasatan terhadap Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) berkaitan konsesi perlombongan pasir dilakukan menerusi syarikat cabang pelaburan negeri itu.
|
|