CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 59426|Reply: 40

[Politik] Belanjawan, yang indah hanya di angka?

[Copy link]
Post time 19-10-2024 08:32 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 19-10-2024 12:54 PM

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu memberi perincian khusus mengenai butiran dalam Belanjawan 2025 kerana tiada kerangka jelas mengenai pelaksaan inisiatif yang diumumkan.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di Dewan Rakyat hanya secara umum tanpa penjelasan lanjut.

"Ada disebut data ekonomi tetapi tidak dinyatakan bagaimana negara hendak dipacu dan apakah kerangka besar dalam konteks struktur atau startegik yang akan dilaksanakan.

"Lebih menyukarkan khususnya kepada pelabur dan penganalisis pasaran apabila tiada perincian beberapa perkara penting, contohnya SST (cukai perkhidmatan dan jualan) yang akan ditingkatkan bagi skop tertentu," katanya dalam sidang akhbar selepas pembentangan Belanjawan 2025 pada Jumaat.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut mempersoalkan kedudukan defisit kerajaan yang tidak dinyatakan ketika pembentangan tersebut.

Menurutnya, perkara itu seharusnya dimaklumkan supaya ahli-ahli Parlimen dapat meneliti pertimbangan sewajarnya.

"Apa yang perlu dibentang ialah pembelanjaan (tetapi) harus juga tahu dari segi sumber pendapatan sebab kerajaan mungkin akan kurangkan pinjaman.

"Jadi sejauh mana pembelanjaan negara berbanding sumber pendapatan, kos yang ditanggung apabila hapuskan subsidi," ujarnya.

Artikel Berkaitan:


Dalam pada itu, Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden Pas berpandangan, kerajaan perlu meneliti sumber baharu dan tidak bergantung kepada cukai semata-mata.

Menurutnya, kebergantungan itu akan mengakibatkan rakyat menanggung beban secara langsung dan tidak langsung.

"Jadi perlu dilihat apakah sumber-sumber yang tidak membebankan rakyat," katanya.

Sinar Harian

Single Polls, Total 23 Users voted

Count down: 335 Days16 Hours1 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-10-2024 08:37 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Perincian bkn masa perbahasan ke?...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 09:06 AM | Show all posts
kalau radzi jidin yg berbunyi, mls la nk dgr..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Total Revenue lagi sikit dari belanja mengurus 335biliyooooooon tu pun masih tak nmpk masalah
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
arnauld replied at 19-10-2024 09:29 AM
Total Revenue lagi sikit dari belanja mengurus 335biliyooooooon tu pun masih tak nmpk masalah

Maksudnya, defisit?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2024 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
So, blh la tambah hutang negara lg
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 19-10-2024 10:35 AM
Maksudnya, defisit?

Defisit boss. Itu belum nak cekau duit bayar sukuk yg matang. Sukuk ni bkn mcm personal loan byr bln2. Katalah ambik sukuk 100bil thn 2020 matang dlm 5thn. Hujung 2020 kena byr coupon 5% or 5bil then 21 22 23 24 so total coupon 25bil!!! Itu baru coupon hujung 24 kena full redemption 100biliyoooooon!!! So apa yg dia org buat full redemptuon tu dibayar dgn issuance of new sukuk hahaha sbb tu dlm bajet kita nmpk pun allocation utk sukuk redemption. So gali lobang tutup lobang sampai ajm hahaha. Yg madanon dok bangga tu defisit berkurang. Maknanya kalau tahun lepas deficit 93 bil tahun ni akan defisit 90bil hahaha. So sukuk matang engkau tampal dgn sukuk baru then tambah sukuk baru utk defisit of course hutang akan terus bertambah hahaha. Mcm tu lah sejarah akan tersurat mcm mana msia tenggelam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2024 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
15nov ni bnk negara akan publish q3 report hahaha tgklah performance gdp dgn hutang yaaa kita tambah lagi
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
I don't hv no confident at all.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
arnauld replied at 19-10-2024 11:04 AM
Defisit boss. Itu belum nak cekau duit bayar sukuk yg matang. Sukuk ni bkn mcm personal loan byr b ...

At least makin mengecil kadar pinjaman. Tak nak hutang boleh, tp belanja pembangunan kecik la. Jalan2 rosak tak payah repair, student x perlu hantar ke oversea, pi hospital check saja tp ubat kena beli sendiri, mau ka mcm tu?

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Apoo replied at 19-10-2024 11:57 AM
At least makin mengecil kadar pinjaman. Tak nak hutang boleh, tp belanja pembangunan kecik la. Jal ...

Itulah, nk expect terus surplas mmg x dpt lah..... Kena kecilkan defisit setiap tahun dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana la tak besar defiait, 421 bilion kot

Zaman najib 260 - 300 bilion je tetiap tahun tapi dapat macam2 br1m kr1m pr1ma etc pastu projek mega kiri kanan

Djaman madani mih bajet 421 bilion tapi apa pon tak nampak
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya buat ler bajet 300 bilion je baru ler boleh sembang nak kurangkan defisit

Ini tak.. belanja nak mewah sampai 421 bilion tak agak2
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Apoo replied at 19-10-2024 11:57 AM
At least makin mengecil kadar pinjaman. Tak nak hutang boleh, tp belanja pembangunan kecik la. Jal ...

Tahun lps hutang tmbh 93billiyoooooon pun ok ker??? Adehhh pls be objective la 93bil tu tak terbayar tu. Ni up to q2 hutang dah bertambah 50billiyooooooooon dah hahaha. Dulu zmn najib TOTAL hutang cuma 686bil tu pun dah kepoh nak bankrup ni setahun tambah 93bil engkorang boleh rilek jer??? Good luck msia.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
arnauld replied at 19-10-2024 01:21 PM
Tahun lps hutang tmbh 93billiyoooooon pun ok ker??? Adehhh pls be objective la 93bil tu tak terbay ...

Sebelum tu 2021 & 2022 defisit rm100 billion. Tahun 2023, budget lagi byk tp defisit kurang kepada rm93 billion. At least kerajaan try mengurangkan kadar defisit secara konsisten iaitu daripada 5.5 peratus pada 2022 kepada lima peratus (2023) seterusnya anggaran 4.3 peratus (2024) dan unjuran 3.8 peratus (2025) dari GDP negara.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2024 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
arnauld replied at 19-10-2024 01:21 PM
Tahun lps hutang tmbh 93billiyoooooon pun ok ker??? Adehhh pls be objective la 93bil tu tak terbay ...

Lagi satu, mitos hutang luar zaman najib rm600 billion tu dibawakan oleh najib sendiri. Cara dia, tak follow international rules utk campur hutang2 company/ glc yg di jamin kerajaan. Zaman Najib lah yg sebenarnya hutang luar negara mula melebihi rm 1 trillion.

Boleh check laporan Bank Negara
https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/siaran-media/jumlah-hutang-dan-liabiliti-kerajaan

Aku highlights report tersebut;

Sebahagian besar daripada jumlah ini merupakan hutang dan liabiliti yang sengaja disembunyikan ataupun dipaparkan sebagai perkara luar belanjawan oleh pentadbiran terdahulu. Ini termasuk hutang 1MDB sebanyak RM38.3 bilion yang didapati telah dibayar balik secara rahsia oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada ketika itu.

Liabiliti lain sebanyak RM260.1 bilion termasuk perbelanjaan Kerajaan luar belanjawan yang dinyatakan sebagai “Kerjasama Awam Swasta (PPP)” atau “Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI)”. Namun, kos pembiayaan, risiko dan obligasi kesemua projek ini dipikul oleh Kerajaan Persekutuan. PPP dan PFI telah disalahgunakan oleh kerajaan BN untuk memberi tanggapan palsu bahawa defisit belanjawan adalah rendah dan diiringi oleh paras keberhutangan yang lebih rendah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 08:51 PM | Show all posts
Edited by rikiruj at 19-10-2024 08:58 PM

Bila tak nampak jelas boleh pegang kuasa lama tu yang jadi dilemma, kalau tak spend banyak less likely nampak hasil immediate, nampak tak perform.  In case dapat pegang lama, nanti pandai2 la deal time tu, kalau tak dapat pegang kuasa, pandai2lah rejim baru handle hutang yg bertambah tu.  

Lain masa zaman kegemilangan BN, confident pegang kuasa lama (masa tu nampak macam dapat pegang selama2nya).. mungkin boleh ambik risk tak spend sebab sendiri takut nak kena manage hutang besar masa depan.
Tengok Indonesia, Widodo spend tak ingat dunia, ni Prabowo yang inherit & nak kena handle hutang2 yg Widodo buat.  Widodo dah dapat nama.. whoosh la, IKN la, Lapangan terbang baru yg takde kapal terbang tu la.  Cuma takut Prabowo pun buat pi tambah hutang untuk legasi dia pulak biar next rejim handle atau sampai negara bankrap..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Apoo replied at 19-10-2024 06:44 PM
Lagi satu, mitos hutang luar zaman najib rm600 billion tu dibawakan oleh najib sendiri. Cara dia,  ...

Calculation sekarang sama dari dulu mana ada ubah. Sbb zaman madey tmbh 200nil jadi 880bil then tambah lagi 100bil setahun sampailah sekarang amender hg merepek ni. Kalau dah ubah zaman najib actual 1tril tambah madey 200bil dah jadi 1.2tril habis tu midin vaksin tak tambah? adehhh engkau ni mmg arithmetic pun sangkut
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2024 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Zmn madey dia cancel gst so -40bil then dia subsidizekan balik ron95  -50bil thats why deficit sampai hari ni 100bil. So engkorang hidupla dgn -100bil sampai ajm hahaha.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.167544 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list