CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6734|Reply: 0

[Sarawak] Sistem pengurusan Lean penyelesaian transformatik sektor kesihatan di Sarawak

[Copy link]
Post time 21-10-2024 03:17 PM | Show all posts |Read mode


Dr Wong menyampaikan cenderamata kepada Dr Veronica selepas merasmikan Persidangan Penjagaan Kesihatan LEAN Borneo 2024, Miri pada Isnin.

MIRI: Penggunaan sistem pengurusan Lean menjadi penyelesaian transformatif dalam sektor kesihatan negeri dalam menyalurkan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik dan sistematik.

Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Veronica Lugah berkata sama ada digunakan untuk pusat perubatan atau klinik desa kecil, prinsip Lean telah terbukti sebagai pemangkin kepada perubahan positif.

"Pengaplikasian prinsip Lean dalam bidang penjagaan kesihatan menyediakan peluang unik untuk mengoptimumkan proses, menghapuskan ketidakcekapan serta meningkatkan hasil pesakit," katanya merasmikan Persidangan Penjagaan Kesihatan LEAN Borneo 2024, di sini hari ini.

Persidangan dianjurkan Borneo LEAN Healthcare iaitu Persatuan Pendidikan Perubatan Lepasan Ijazah Hospital Miri (PGMESMH) dan Unit Kualiti & Akreditasi Hospital Miri.

Tambahnya, dalam usaha menyediakan kualiti tinggi perkhidmatan penjagaan kesihatan, organisasi penjagaan kesihatan menghadapi pelbagai cabaran bermula dari peningkatan pesakit, kewangan serta kekangan sumber.

"Ini kerumitan memerlukan pendekatan yang inovatif yang bukan sahaja meningkatkan kecekapan dan keberkesanan tetapi juga memastikan kemampanan operasi penjagaan kesihatan sambil mengekalkan kualiti penjagaan tertinggi," ujarnya.

Atas prinsip Lean dan berpandukan kepada rangka kerja ini, organisasi penjagaan kesihatan bukan sahaja bertahan dalam menghadapi perubahan tetapi juga berkembang maju dan cemerlang dalam penyampaian kepada masyarakat.

"Saya ingin mengambil berkesempatan mengalu-alukan kehadiran perwakilan dan berharap persidangan ini dapat menjadi platform untuk anda semua menimba lebih banyak ilmu dan juga berkongsi dan bertukar pendapat dan pengalaman dalam bidang masing-masing," katanya.

Dr Veronica menyeru warga kesihatan agar sentiasa berkhidmat cekap, sensitif, dan responsif dan berdaya tahan terhadap perubahan semasa dalam menangani cabaran dari dalam dan luar organisasi.

"Kita juga perlu menanam berdisiplin tinggi dan mempunyai nilai serta etika yang kukuh dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada orang awam," jelasnya.

Hadir sama, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Asit Sanna, Pengarah Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan Dr Francis Paul dan Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.066159 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list