CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15600|Reply: 0

[Sarawak] Bahasa Malaysia medium penghubung, satukan lebih 50 etnik di Sarawak

[Copy link]
Post time 21-10-2024 03:51 PM | Show all posts |Read mode


Idris (tiga kanan) dan tetamu kehormat merakamkan kenangan bersama salah seorang pemenang kategori yang dipertandingkan pada Majlis Anugerah Tinta Kenyalang Sarawak, malam tadi. - Gambar UKAS

KUCHING: Penggunaan bahasa Malaysia dalam pertuturan harian wajar dijadikan keutamaan kerana ia berupaya menjadi medium perhubungan untuk menyatukan lebih 50 etnik di Sarawak.
Timbalan Speakar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Dato Idris Buang berkata, penjajah pada masa suatu masa dahulu turut menggunakan bahasa Malaysia agar dapat mengawal penduduk Malaysia.

"Ini termasuk di Sarawak yang turut digunakan bagi menyatukan penduduk oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.

"Sarawak sahaja mempunyai lebih 50 etnik dan suku etnik, namun bahasa Malaysia digunakan secara meluas di negeri ini merentasi sempadan bahasa etnik dan suku etnik.

"Boleh dikatakan, kita di Sarawak berjaya memartabatkan bahasa Malaysia sehingga ia mencerminkan siapa kita di Malaysia," ujarnya ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Tinta Kenyalang Sarawak di Bangunan DUN Sarawak di sini, malam tadi.

Idris berkata, bahasa Malaysia dapat digunakan untuk mencerminkan bangsa-bangsa yang ada di Sarawak disebabkan budi pekerti, kehalusan, budaya dan prinsip-prinsip hidup di negeri ini.

Justeru katanya, penulisan-penulisan sasterawan Sarawak banyak menceritakan latar belakang kisah hidup etnik-etnik di Sarawak.

Namun begitu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang itu tidak menafikan kepentingan bahasa Inggeris terutamanya pada masa kini.

Jelasnya, kepentingan bahasa Inggeris dapat dilihat dalam penggunaan bahasa teknologi, bahasa komunikasi bagi berkongsi ilmu dan sebagainya.

Pada majlis tersebut, enam kategori anugerah telah dipertandingkan iaitu Sayembara Penulisan Sajak Sarawak Maju Makmur, Sayembara Penulisan Cerpen Kearifan Tempatan Sarawak, Sayembara Penulisan Novel Kanak-kanak (Futuristik), Sastera Tunas Sarawak, Sastera Sarawak dan Peraduan Penulisan Semula Cerita Rakyat Pelbagai Kaum Sarawak 2023/2024.

Seramai 56 sasterawan berjaya membawa pulang hadiah dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.392081 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list