CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 34438|Reply: 54

[Tempatan] 'Mungkin dia malaikat kut, tak makan gaji'

[Copy link]
Post time 21-10-2024 04:39 PM | Show all posts |Read mode
'Mungkin dia malaikat kut, tak makan gaji'

https://www.malaysiakini.com/news/723394

N Faizal Ghazali & Hariz Mohd
Diterbitkan:  Oct 21, 2024 2:22 PM
Dikemaskini: 2:22 PM



PARLIMEN | Ahli parlimen pembangkang hari ini membangkitkan persoalan bagaimana Anwar Ibrahim memperoleh pendapatan jika dia tidak mengambil sebarang gaji daripada jawatan yang disandangnya.

Perkara itu pada awalnya dibangkitkan Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) yang mencelah ketika Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin membahaskan Belanjawan 2025.

Kata Tuan Ibrahim secara berseloroh, seorang rasul pun diberikan "peruntukan" oleh Allah untuk rezekinya dan keadaan Anwar dianggap "lebih daripada rasul."

"Saya rasa Tambun (Anwar) tak boleh berselindung di sebalik kenyataan dia tak ambil gaji [...] sebab kalau tengok dari segi data yang ada, rasul pun ada peruntukan yang Allah bagi.

"Ini nampak lebih (hebat) daripada rasul ni. Mungkin dia malaikat kut, dia tak makan gaji.

"Atau mungkin dia transfer (pindahkan) saja, dia tak ambik (secara fizikal) tapi dia online," katanya yang menyentuh mengenai isu gaji minimum.

Justeru, kata Timbalan Presiden PAS itu lagi, dia meminta pandangan Hamzah mengenai dakwaan perdana menteri atau anggota kerajaan yang tidak mengambil gaji.


Anwar Ibrahim

Mengulas pandangan Tuan Ibrahim, Hamzah berkata, dia berpendapat langkah tidak mengambil gaji itu sesuatu yang baik namun mengingatkan agar sikap yang sama perlu diberi terhadap elaun yang diperuntukkan.

"Ia berbeza... gaji tu memang betul (tak diambil), tapi elaunnya bagaimana?" kata Hamzah.

Menurut Ahli Parlimen Larut itu lagi, jawatan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) juga menyediakan elaun kepada pegawainya.

"Itu juga harus kita persoalkan. Kalau nak umum (tidak mengambil gaji), umumkan zero income (pendapatan sifar).

"Tapi kalau zero income, dia nak makan dengan apa?

"Kalau dia boleh berdoa - phum! Beras dihantar oleh Kota Raja (Mohamad Sabu yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan) depan dia, beras tempatan pulak tu, tak apalah.

"Tapi saya ingat, eloklah jangan sampai dia berdoa: Ya Allah Ya Tuhanku, tum! Datang epal depan dia," kata Hamzah berjenaka.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2024 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Pembangang takde isu lain..gaji org yg disentuh.. itukan PNC...mcm ni je level penbangang?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 21-10-2024 05:00 PM

Sampah punya timbalan presiden, cer try potong gaji ko 100 tgk menggelupor ke tak..pmx mmg x ambik gaji PM sbb dia dah ada elaun MP, pencen, sebagai TPM, dan klu dia ambil elaun menteri jawangan jika ada tak salah.. Sementara kak Wan ada elaun MP, pencen TPM, sementara anak2 semua dah ada kehidupan masing2. Bagi lobai memang rasa pelik sebab dah biasa bermewah2, buat malu mengaku pemimpin parti islam, phuiii..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Awal lak masuk....

Takpe la tak ambik gaji. Elaun pun lbh daripada cukup utk tampung idup
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 05:11 PM | Show all posts
kakigebang replied at 21-10-2024 04:42 PM
Pembangang takde isu lain..gaji org yg disentuh.. itukan PNC...mcm ni je level penbangang?

Kalau nak PNC len kali diam2 je tak payah canang x amek gaji... motip nak canang meratib x amek gaji dari dulu smpai skrg ?? kebulur ke ummah kalau x tahu dia x amek gaji ???? adoi. lawak.... mati idup balik pun x caya bangnon ni xde makan duit gomen
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 05:11 PM | Show all posts
sakit ati sgt pembangkang ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2024 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Org lain xambik gaji, kau yg menggelumpur.
Member sendiri mkn gaji buta tiap bulan xberkutik pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
So mkcik bawang kepala otak mp dr parti lobai, pm tak ambik gaji yg dikisahkannya. Low class. Nnti ulang balik isu pakaian paramugari pulak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2024 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambil tu bawak2 beranikan diri tegur dedi awang tu supaya jangan ponteng kerja. Ponteng sana sini dah macam budak jahat dari kelas belakang. Makan gaji buta tapi tanggungjawab tak dilaksanakan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia tak ambik gaji PM je kan? Elaun MP dia ada. Anak bini dia pun ada pendapatan. Kalau ikutkan perisytiharan harta dia dulu, rumah dia takde hutang dan duit simpanan pun ada mungkin hasil gaji dulu sebagai TPM dan menteri berbelas tahun lamanya. Setakat nak makan pakai sehari2 lepas kot sebab kereta minyak tol semua kan kerajaan tanggung sebab dia PM.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat mamat ni cerita time ceramah, dia ada jumpa pakcik tua terpaksa menuntun motor balik rumah sebab tak dak duit nak isi minyak diesel kat motor. Bangang betul.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan mungkin dia malaikat kut, tapi lebih tepat, mungkin dia babi terbang sembang kari kut
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 21-10-2024 06:39 PM
Dia tak ambik gaji PM je kan? Elaun MP dia ada. Anak bini dia pun ada pendapatan. Kalau ikutkan peri ...

Dia xde rumah la, kan nuart cakap rumah tu dia sewa dgn tokey cina yg baik hati, kereta jaguar & bmw pun pinjam kwn dia punya.....senang ckp nuart ni selai sepinggang gaji pun x amik
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 21-10-2024 08:18 PM
Dia xde rumah la, kan nuart cakap rumah tu dia sewa dgn tokey cina yg baik hati, kereta jaguar & b ...

amboiiii keje dari muda smpai ke umur tokki semua meminjam je kejenya ye
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
so...lebai, Anwar x ambik gaji, dia mintak duit ko pulak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bang kalau cerdik. Ko attack la kes warga asing. Kes minyak packet jual kt negara jiran. Tu patut ko fokus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2024 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Apoo replied at 21-10-2024 07:54 PM
Teringat mamat ni cerita time ceramah, dia ada jumpa pakcik tua terpaksa menuntun motor balik rumah  ...


Mcm cerita kwn aku masa sekolah dlo la. Motor dia pakai diesel. Padahal motor skuter biasa je. Ni sebab dah terbiasa sembang dgn org kampung Dia membongak je. Smpi benda salah Pon xpeduli dah
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 11:20 PM | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 21-10-2024 06:39 PM
Dia tak ambik gaji PM je kan? Elaun MP dia ada. Anak bini dia pun ada pendapatan. Kalau ikutkan peri ...

dahtu apesal duk merempat kat rumah orang lain awat x duk umah sundirik ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 11:21 PM | Show all posts
Susah-susah rakyat pilih kau jadi ahli parlimen, ini je yang kau boleh komen?
Ada banyak lagi isu lain yang lebih penting dalam negara ni yang kau boleh tanya, pati, Akta 342, food security, pendidikan, ajaran sesat, laut china selatan, masalah rakyat, masalah banjir, persediaan mungkin kemarau tahun depan......
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaji pokok mmg la tak ambik. Elaun tu semua ada..kwn2 pinjamkan itu dan ini jugak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.220494 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list