CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33073|Reply: 9

[Tempatan] Tak puas hati keputusan pemilihan punca DAP P Pinang bertengkar, dakwa sumber

[Copy link]
Post time 21-10-2024 04:52 PM | Show all posts |Read mode
Tak puas hati keputusan pemilihan punca DAP P Pinang bertengkar, dakwa sumber

https://www.freemalaysiatoday.co ... ngkar-dakwa-sumber/

FMT Reporters
21 Oct 2024, 07:30 AM




Steven Sim, Ramkarpal Singh dan Zairil Khir Johari mengetuai generasi baharu pemimpin muda yang dipilih menganggotai jawatankuasa DAP Pulau Pinang bagi penggal 2024-2027.

Walaupun keputusan pemilihan baru-baru ini menunjukkan perubahan kepimpinan, ahli kanan bimbang pendapat mereka mungkin tidak dihiraukan dalam membuat keputusan.

PETALING JAYA: Perbalahan terbuka pemimpin DAP Pulau Pinang mengenai ‘rampasan’ peruntukan baru-baru ini menunjukkan rasa tidak puas hati yang berlarutan mengenai keputusan pemilihannya, dakwa sumber dalaman.

Sumber DAP memberitahu FMT, terdapat rasa tidak senang dalam kalangan pihak tertentu atas kegagalan calon pilihan mereka dipilih dalam barisan pentadbiran negeri.

Ramkarpal Singh, Steven Sim dan Zairil Khir Johari meraih tempat pertama, kedua dan keempat dalam pemilihan DAP Pulau Pinang pada 22 Sept lalu.

Susulan pemilihan parti, Sim, menteri sumber manusia dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, dinamakan pengerusi parti negeri bagi penggal 2024-2027.

Sumber itu, yang enggan dikenali, berkata ketiga-tiga mereka adalah sebahagian daripada generasi baharu pemimpin DAP Pulau Pinang yang telah ‘menggoncang status quo’.

Prestasi cemerlang telah membantu mereka mendapat pengaruh yang besar dalam kepimpinan negeri.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, keputusan pemilihan terbabit menyebabkan ahli kanan bimbang bahawa pendapat mereka mungkin tidak dihiraukan dalam proses membuat keputusan jawatankuasa baharu berkenaan.

Pertukaran orang lama dan kebangkitan pemimpin muda seperti Sim, Ramkarpal dan Zairil telah menyebabkan pertikaian ini.

Sumber itu merujuk kepada kritikan diterima Zairil daripada dua ADUN DAP Pulau Pinang berhubung kenyataannya bagi menjawab aduan pengerusi parti dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng berhubung kekurangan peruntukan di kawasannya.

Lim mendakwa sebahagian daripada peruntukan RM5.6 juta untuk kawasannya telah ‘dirampas’ untuk digunakan di kawasan berdekatan yang dikuasai pembangkang Tasek Gelugor.

Zairil, Exco Pulau Pinang, menjelaskan bahawa RM1.4 juta telah digunakan untuk menyelenggara sebahagian daripada jalan persekutuan yang menghubungkan dua kawasan parlimen yang terletak di dalam sempadan Tasek Gelugor.

Beliau berkata peruntukan itu ‘dipulangkan’ kepada Bagan.

Bagaimanapun, Adun K Kumaran (Bagan Dalam) dan Chee Yee Keen (Bagan Jermal) mengkritik Zairil berhubung jawapannya kerana menganggapnya sebagai ‘perkara kecil’.

Namun, beberapa pemimpin DAP lain yang tidak mahu nama mereka disiarkan, menyeru rakan mereka memelihara perpaduan parti.

Fokus harus diberikan kepada mengukuhkan kedudukan DAP di Pulau Pinang dan bersiap sedia untuk pilihan raya akan datang, bukan perbalahan, kata seorang pemimpin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2024 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Zairil sebenarnya ahli umno hahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaduh gaduh gaduh
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Pegi mampos la korang
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 07:53 AM | Show all posts
LGE dan bapaknya harus 'disishkan'....yg sorang lagi pompuan dalam Kem Kewangan tu keturunan Lim juga. semua tak boleh pakai
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 10:48 AM | Show all posts
arnauld replied at 21-10-2024 05:06 PM
Zairil sebenarnya ahli umno hahahahahaha

dia tu DAP celah mana UMNO.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2024 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Panggil muka ni juga ni bagi settle
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ishhh takkan la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dineyta replied at 22-10-2024 10:48 AM
dia tu DAP celah mana UMNO.

Secret agent tu hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
arnauld replied at 22-10-2024 08:21 PM
Secret agent tu hahaha

bapaknya tokoh umno

mak bini dia pun umno

adakah dia dan familinya masih rapat dgn umno?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.046487 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list