CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16365|Reply: 17

[Tempatan] Sidang tangguh Dewan tak cukup korum. #11, Buat jadual MP hadir sidang Dewan Rakyat, kata aktivis. #18, Wan Fayhsal berang MP kerajaan tak ramai hadir dalam dewan

[Copy link]
Post time 22-10-2024 08:55 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 23-10-2024 09:34 AM

Sidang tangguh Dewan tak cukup korum

https://www.freemalaysiatoday.co ... an-tak-cukup-korum/

Yasmin Abdul Latif
21 Oct 2024, 08:52 PM


Persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan esok selepas kehadiran Ahli Parlimen tidak mencukupi. (Gambar Bernama)

Penangguhan dibuat apabila Ahli Parlimen PN membangkitkan Peraturan Mesyuarat 13(1) selepas mendapati kehadiran tidak mencukupi.

KUALA LUMPUR: Sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 peringkat dasar di Dewan Rakyat petang ini ditangguhkan esok susulan tidak cukup korum untuk bersidang.

Penangguhan itu dibuat apabila Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) membangkitkan Peraturan Mesyuarat 13(1), selepas mendapati kehadiran Ahli Parlimen tidak mencukupi sekurang-kurangnya 26 orang dalam Dewan.

Di saat perbahasan begini penting tidak dihadiri oleh korum yang mencukupi, katanya.

Dewan rakyat sedikit kecoh sebelum loceng dibunyikan apabila RSN Rayer (PH-Jelutong) bangun mencelah dan memaklumkan terdapat Ahli Parlimen ke surau menunaikan solat.

Bagaimanapun, Ahmad Marzuk memaklumkan beliau sudah meninjau ke dalam surau dan tiada lagi Ahli Parlimen di situ.

Selepas itu, Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang mempengerusikan sementara Dewan Rakyat mengarahkan loceng dibunyikan selepas hanya ada 19 Ahli Parlimen.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 09:31 AM | Show all posts
baik punyaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa yg tak mai tu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 09:55 AM | Show all posts
Mana posting semalam yg highlight Hj Hadi tak dtg time pembentangan budget hari tu? Between budget dgn RUU, budget lagi penting la kot...Prfff..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 10:22 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Knp rmai betul x dtg. Diboikot ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2024 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Tazzabar nak tunggu episod ketujuh Agatha All Along dekat Disney+ kepalahotakstar

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 10:52 AM | Show all posts
Mungkin semua masalah negara telah selesai ditangani dengan baik. tak de benda nak sidang. Pembangkang pun takde idea apa nak bangkang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
#teamFA
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Hancur negara bila majoriti di parlimen adalah dari PH dan PN

Zaman UMNO majoriti di parlimen dulu tak pernah berlaku hal camni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2024 02:33 PM | Show all posts
Buat jadual MP hadir sidang Dewan Rakyat, kata aktivis

https://www.freemalaysiatoday.co ... akyat-kata-aktivis/

FMT Reporters
22 Oct 2024, 12:06 PM


Sidang Dewan Rakyat petang tadi terpaksa ditangguhkan awal kerana tidak cukup korum. (Gambar Bernama)

Thomas Fann berkata kegagalan Parlimen untuk bersidang kerana tidak cukup korum mencemar demokrasi berparlimen negara.

PETALING JAYA: Aktivis advokasi demokrasi Thomas Fann mencadangkan Ahli Parlimen diberi jadual untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat berikutan penangguhan awal semalam kerana tidak cukup korum.

Beliau berkata kegagalan Dewan Rakyat untuk bersidang kerana tidak cukup korum mencemar demokrasi berparlimen negara dan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap sistem kerajaan.

Fann, yang mengetuai NGO reformasi Projek Sama, juga berkata rakyat Malaysia mungkin merasakan suara mereka tidak diwakili di Parlimen kerana ketidakhadiran Ahli Parlimen mereka, yang boleh membawa kepada penurunan peratusan keluar mengundi dalam pilihan raya akan datang.

Rakyat mengharapkan wakil mereka hadir di Dewan Rakyat apabila ia bersidang (dan) semua parti dan gabungan harus mengambil langkah untuk memastikan Ahli Parlimen mereka hadir semasa persidangan Parlimen, katanya kepada FMT.

Saya cadangkan mereka menjadualkan Ahli Parlimen mereka untuk menghadiri persidangan berdasarkan bidang kepakaran atau minat mereka, bergantung kepada agenda.

Parti-parti harus membentuk jawatankuasa bayangan untuk kementerian dan Ahli Parlimen dalam jawatankuasa ini mesti hadir apabila isu-isu berkaitan kementerian berkaitan dibentangkan.

Beliau berkata peranan utama Parlimen adalah untuk bertindak sebagai semak dan imbang kepada eksekutif dan memastikan perdana menteri dan Jemaah Menterinya tidak meneruskan dasar dan perundangan yang cacat atau merugikan rakyat.

Bekas pengerusi Bersih itu juga menegaskan matlamat persidangan Dewan Rakyat bukan sekadar memenuhi korum 26 Ahli Parlimen, tetapi berkesan sebagai pemeriksa dasar dan perundangan yang dibahaskan dan diluluskan di Parlimen.

Tetapi, jika kurang daripada satu perlapan atau 12% daripada Ahli Parlimen yang hadir, ia adalah gambaran lemah terhadap peranan penting ini, katanya.

Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) semalam membangkitkan Peraturan Mesyuarat 13(1), selepas mendapati kehadiran Ahli Parlimen tidak mencukupi sekurang-kurangnya 26 orang dalam Dewan.

Selepas itu, Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang mempengerusikan sementara Dewan Rakyat mengarahkan loceng dibunyikan selepas hanya ada 19 Ahli Parlimen.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 22-10-2024 10:22 AM

Elaun hiburan tu pergi disco kot?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 02:54 PM | Show all posts
Firenzza replied at 22-10-2024 02:48 PM
Elaun hiburan tu pergi disco kot?

elaun untuk menghiburkan diri selepas penat menyelusuri permasalahan rakyat...agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 02:56 PM | Show all posts
anak sapa la nihhh
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 03:06 PM | Show all posts
patut ahli parlimen yang hadir bawak bantal. leh tido dalam tu sebab tak cukup korum.
kata sejuuuuk dalam tu. nah abam belanje bantal satu.

BANTAL TRAVEL AHLI PARLIMEN

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Babi punyer pangai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
aikkkk. puak madanonn le tu ponteng jd x ckp
kita boleh org lain tak boleh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2024 05:33 PM | Show all posts
Wan Fayhsal berang MP kerajaan tak ramai hadir dalam dewan

https://www.malaysiakini.com/news/723674

N Faizal Ghazali, Alyaa Alhadjri & Ili Aqilah
Diterbitkan:  Oct 23, 2024 3:21 PM
Dikemaskini: 3:26 PM



PARLIMEN | Walaupun masih dalam tempoh penggantungan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) tetap 'garang' walaupun suaranya sekadar bergema di luar Dewan Rakyat.

Muncul pada sidang media di parlimen hari ini, dia mengecam sekeras-kerasnya isu ketidakhadiran wakil-wakil rakyat kerajaan dalam sesi perbahasan Belanjawan 2025 yang sedang berlangsung.

Bagi ahli parlimen blok kerajaan yang hadir pula, Wan Ahmad Fayhsal mengecam mereka kerana menganggap kemunculan dalam dewan tersebut sekadar mengganggu perbahasan wakil pembangkang.

Justeru dia menggesa orang ramai "bangkit" untuk membantah keadaan tersebut.

"Saya mengecam sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertanggungjawab pihak kerajaan pada hari ini yang memandang enteng penyertaan dan penglibatan perbahasan ahli-ahli parlimen pembangkang yang mereka tak peduli sama sekali.

"Rakyat perlu bangkit dan persoal keberadaan ahli-ahli parlimen kalian di pihak kerajaan, yang semakin hari semakin kurang hadir, mendengar dan terlibat dalam perbahasan.

"Mereka ini cuma nak hadir buat kacau saja, macam Kampar, macam Jelutong, duk bergaduh isu apa? (Isu) Mamak pasembor - itu saja," katanya.

Dua ahli parlimen yang dipetik Wan Ahmad Fayhsal itu ialah Chong Zhemin (PH-Kampar) dan RSN Rayer (PH-Jelutong).

Terdahulu, Rayer tidak puas hati terhadap kenyataan dibuat Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) menggunakan istilah 'mamak pasembor' yang didakwa ditujukan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kelmarin.



Rayer mendakwa perkataan itu sebagai menghina masyarakat India Muslim.

Wan Ahmad Fayhsal turut merujuk insiden sesi perbahasan terpaksa ditangguhkan seketika susulan tidak cukup korum apabila perkara itu dibangkitkan Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa), semalam.

Wan Fayhsal berkata, pihaknya ingin membangkitkan rasa bimbang dan tidak bersetuju dengan gelagat yang sedang berlaku di Dewan Rakyat mutakhir ini.

Pengerusi backbanchers paling lama

Dia yang bakal melepaskan jawatan Ketua Pemuda Bersatu tidak lama lagi mendakwa, tiada langsung rasa hormat ditunjukkan oleh penyokong kerajaan dan menteri-menteri dalam perbahasan belanjawan yang dilakukan pembangkang.

"Kelmarin kita dikejutkan masalah yang berkaitan dengan sidang dewan terpaksa ditangguhkan kerana tidak cukup korum, ini perkara yang amat memalukan malah membuatkan rakyat tertanya-tanya, apakah backbenchers (penyokong kerajaan) ini benar-benar ikhlas dan jujur untuk terlibat dalam perbahasan?

"Sampai dua kali kena bunyikan loceng selepas Ahli Parlimen Pengkalan Chepa bangkitkan di bawah Peraturan Mesyuarat 13(1), dah bunyi loceng pun dua orang saja masuk," katanya.

Dia yang bakal bertanding untuk jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu hujung bulan ini menambah, jika ketiadaan ahli parlimen itu disebabkan mereka menunaikan solat seketika, ia masih boleh diterima.

Malah kata Wan Ahmad Fayhsal ketika Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin berbahas pada sebelah petang, tiada seorang pun menteri di dalam dewan.

"Ini satu penghinaan kepada istitusi parlimen yang meletakkan keadilan kepada semua ahli khususnya ketua pembangkang supaya apa yang dibahaskan didengar oleh pihak eksekutif bagi menjalankan proses semak dan imbang," katanya.



Shahidan Kassim (PN-Arau) pula menegaskan bahawa soal untuk memastikan korum cukup semasa persidangan parlimen berjalan merupakan tanggungjawab di pihak kerajaan.

"Soal korum bukan tanggungjawab kami, mereka patut bertanggungjawab memastikan korum mencukupi. Saya pernah menjadi pengerusi backbanchers paling lama dalam sejarah parlimen.

"Antara perkara yang saya beri perhatian ialah menjaga korum, (tapi sekarang) mereka tak ambil tanggungjawab.

“Mereka sering kata kami makan gaji buta, sekarang (mereka) makan gaji buta betul.

"Sebab apa, mereka dapat peruntukan RM3.8 juta setahun, dalam keadaan peruntukan yang begitu besar sepatutnya tidak serabut dengan soal peruntukan patutnya datanglah ke parlimen," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.060485 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list