View: 12345|Reply: 16
|
[Tempatan]
Persatuan hotel soal Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Tiong King Sing - Hotel mana amalkan penginapan 23 jam
[Copy link]
|
|
Persatuan hotel soal Tiong - Hotel mana amalkan penginapan 23 jam
https://www.malaysiakini.com/news/723509
Diterbitkan: Oct 22, 2024 12:55 PM
Dikemaskini: 12:57 PM
Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO) ingin tahu lebih lanjut mengenai amalan biasa hotel di luar negara yang membenarkan tetamu menginap selama 23 jam.
Menyifatkan ia sebagai cadangan yang tidak masuk akal, Pengarah Eksekutif MAHO Saharuddin M Saaid berkata, perkara itu dikekang dengan keupayaan operasi hotel termasuk jumlah tenaga kerja bagi mengemas bilik dan kadar penginapan.
Ini, katanya, terutama ketika musim kemuncak apabila semua bilik hotel telah ditempah.
“Kita ingin tahu hotel mana dan di mana dalam dunia ini yang amalkan 23 jam untuk tetamu menginap di bilik. Adakah ia amalan biasa atau kekal atau sebenarnya ad hoc?
“Hotel di Malaysia ini atas permintaan iaitu jika keadaan membenarkan tetamu mendaftar masuk lebih awal atau daftar keluar lewat dari waktu biasa yang ditetapkan,” katanya yang dipetik akhbar Kosmo.
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Tiong King Sing dalam hantaran di media sosial dua hari lalu menggesa pengusaha hotel digesa supaya menyelaraskan semula masa daftar masuk dan keluar bagi memastikan pengguna menerima waktu penginapan sekurang-kurangnya 23 jam sehari.
Katanya, penginapan 23 jam sehari merupakan perkara biasa di luar negara dan perkara itu tidak menjejaskan soal kebersihan atau kualiti penginapan, malah pengguna juga merasakan wang yang dibelanjakan berbaloi dengan perkhidmatan diterima.
"Saya faham jika hotel mahu menjimatkan kos dan dapat meraih keuntungan dengan lebih banyak. Namun, perkara ini bukan hanya melibatkan keuntungan pemain industri semata-mata.
"Pelanggan yang berbelanja pasti mahu melakukannya dengan senang hati. Jika pelanggan berpuas hati dengan apa yang dibelanjakan, pasti pengusaha akan gembira dengan keuntungan yang berlipat kali ganda.
"Sebaliknya, jika pelanggan menerima pengalaman penginapan tidak memuaskan, ia memberi gambaran pihak hotel hanya mementingkan soal keuntungan dan bukan kualiti perkhidmatan," katanya.
Pada masa sama, menteri itu mengakui ada kekurangan tenaga kerja di hotel yang menjejaskan penyediaan bilik untuk tetamu dan berjanji akan berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri untuk membenarkan pengambilan pekerja asing.
Mengulas lanjut, Saharuddin berkata selepas wabak Covid-19, hotel kini perlu melakukan kerja-kerja sanitasi bilik dan ini memakan lebih masa.
“Jika isu tenaga kerja dapat diselesaikan dan sistem pengemasan bilik lebih efisien, barulah hotel mampu mematuhi saranan Motac.
“Perkara ini senang diperkatakan, tapi realitinya banyak perkara perlu dipertimbangkan,” katanya.
Saharuddin berkata, pengambilan lebih ramai pekerja bagi tugas mengemas bilik juga akan mengakibatkan kenaikan kos penggajian.
“Tambahan mulai Februari 2025 gaji minimum dinaikkan ke RM1,700. Hotel tiada pilihan terpaksa menaikkan harga bilik bagi tampung kos operasi,” katanya.
Senada dengan Saharuddin, adalah pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Kedah/Perlis, Eugene Dass yang turut menganggap saranan Tiong itu sebagai tidak masuk akal.
Katanya, tempoh masa satu jam adalah tidak mencukupi untuk memastikan kebersihan dan semua kemudahan bilik dalam keadaan sempurna.
“Kalau dalam sejam, mustahil dapat pastikan kebersihan dan memeriksa pili-pili air, pendingin hawa dan lain-lain kemudahan bilik berfungsi dengan baik.
“Perkara ini agak sukar untuk dilaksana terutama semasa menerima daftar masuk bagi kumpulan besar,” katanya.
Akhbar itu juga memetik Presiden MAH Christina Toh sebagai berkata saranan Tiong itu sebagai mustahil dan mengelirukan kerana selepas pandemik Covid-19, semua orang lebih menekankan kebersihan, jadi pihak hotel perlu memastikan semua bilik dalam keadaan bersih.
Waktu daftar masuk dan daftar keluar menjadi tumpuan selepas seorang tetamu hotel di media sosial mengadu dirinya diminta mendaftar masuk pada jam 4 petang dan diberitahu untuk berkemas pada jam 11 pagi keesokan harinya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak pa, menteri kata gaji minimum tu bukan semua pekerja dapat.. ikut pada kelayakan dan pengalaman..
Hotel masih buat ke sanitasi covid 19? |
|
|
|
|
|
|
|
bohong la hotel check air cond, paip air semua tu. klu pengguna tak lapor sampai tercabut paip pun hotel x tahu. untuk adil. check in 2 petang dan check out 12 thari. 2 jam cukup sebenarnya klu hotel mahu ambil perkerja secukupnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sokong pak menteri |
|
|
|
|
|
|
|
biasa aku nampak satu floor 2 org cleaner. Drg akang bekerja berdua utk bersihkan satu bilik. Tapi ada juga pernah nampak satu floor satu org. Tak tau lah kalau sebenarnya 2 orang tapi drg pecah dua utk setiap floor tu, so, sorang satu bilik. Letih juga tu kalau satu orang kerja, bilik pulak bersepah teruk. So akak vote check in kol 2, check out kol 12. dgn syarat kol 12 guest dah kena check out. lambat 5 minit kena denda rm50. |
|
|
|
|
|
|
|
iols br balik hatyai last week..hotel pun tahap biasa2 jer..check in kul 2, check out kul 12..setiap floor ada 2 housekeeping staff..kul 8am camtu akan nmpk staff housekeeping dah dok standby kat area corridor kalau ada guest yg nk check out, deme terus kemas bilik.. |
|
|
|
|
|
|
|
22 jam ok la.. saya jugak setuju check in pukul 2, check out pukul 12..
kengkadang ada jugak, kita dah sampai tapi bilik tak siap kemas lagi..
Bagus kalau diorang seragamkan.. ni tak seragam, sampai ada yang check in pukul 4, pukul 10 dah kene check out. |
|
|
|
|
|
|
|
For me, 2 pm check in and check out 12 noon reasonable skit. Kalau 4 pm - 12 noon tu mcm lambat sgt |
|
|
|
|
|
|
|
alaaa bukan semua tunggu ngam2 nk check out ada je check out awal pagi, yg tu da untung kat hotel, bisness kat malaysia neh mana untung kat peniaga semua diam, yg rugi reti lak bising rugi |
|
|
|
|
|
|
|
dua2 sama longkang xde guna
yang menteri setakat sembang je bukan leh buat apa
dulu masa tak boleh melancong sangat masa covid
melancap lancap pengusaha hotel duk buat promo tu ini nak tarik orang dtg duduk hotel
bila dah balik macam biasa kemain berlagak lak mcm2 peraturan cibai ni buat dgn xpadan harganya lagi |
|
|
|
|
|
|
|
chuols try lah kerja hotel kalau nak tahu sempat ke idok nak kemas, pastu untung ke idok. Try hotel bajet dan 3 bintang dan ke bawah. Kalau hotel 4,5,6 bintang, diorang memang mampu je hire lebih pekerja. Tapi kurang untung lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Welcome to the Hotel California..... |
|
|
|
|
|
|
|
pokokmeranti replied at 22-10-2024 03:18 PM
bohong la hotel check air cond, paip air semua tu. klu pengguna tak lapor sampai tercabut paip pun h ...
Betul. Bilik bermasalah pon dia sumbat guest. Bila guest merempan, baru la sibuk nak tukar bilik la.. upgrade bilik la. Aku pernah kena, dapat bilik yg saluran sinki leaking & flush xleh pakai. Flush tandas tu benda basic kot. Kita duduk hotel, bukan celah kampung siram pakai air dalam baldi |
|
|
|
|
|
|
|
Iols prnh checkin satu hotel kt neg j pkl 11am sbb bilik mmg dh ready |
|
|
|
|
|
|
|
Arghhhhh nampak muka apek ni mmg aku pangkah terus
Takyah tunggu dia bukak mulut... satu sen pun aku takkan percaya
Di Antara menteri yg aku benci
Sapelah yg undi apek ni???
Next penggal nak undi lagi ke?????? |
|
|
|
|
|
|
|
The problem is siapa yg mulakan check in 4pm check out 11am nih? Kena standardizekan la timing tu..kalau x mampu ikut jgn buat bisnes hotel..pi jual burger tepi jalan
|
|
|
|
|
|
|
|
Kali ni aku setuju dgn apek ni.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|