View: 31984|Reply: 11
|
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menafikan hujan meteor punca dentuman kuat di Ipoh
[Copy link]
|
|
IPOH – Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menafikan dakwaan bahawa bunyi dentuman kuat dan gegaran yang berlaku di Ipoh semalam berpunca daripada Hujan Meteor Orionids.
Memetik Kosmo, Ketua Pengarah MYSA, Azlikamil Napiah, menjelaskan bahawa kejadian sekitar jam 11 pagi itu tidak melibatkan fenomena angkasa, kecuali sisa meteor ditemukan di bumi.
Menurutnya, meteor bersaiz besar yang berpotensi memberi impak kepada bumi boleh dikesan lebih awal sebelum memasuki atmosfera.
“Hujan meteor sering berlaku, tetapi sisa komet biasanya melintasi atmosfera tanpa menyebabkan gegaran atau bunyi, kerana ia terbakar dan terurai sebelum mencapai bumi,” katanya, mengulas spekulasi dalam talian mengenai kejadian tersebut.
Hujan Meteor Orionids berlaku setiap tahun apabila bumi melintasi laluan orbit Komet Halley, dengan titik kemunculannya di kawasan buruj Orion.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Acah² sonic boom Chelyabinsk ler tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Menengok pada gambar tu, tak gerun ke owner rumah² tepi tebing bukit batu kapur tu.
Kalau terkopek sekeping dari atas sampai bawah macam kepingan glacier tu, elok jer dia hala ke kawasan rumah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
dah tu sebab apa yg bergegar tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Semua tak mengaku.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by white_musk at 23-10-2024 02:48 PM
orang ipoh takdak buat solat hajat ka? kot ada lagi bunyi.... seram laa
|
|
|
|
|
|
|
|
pasai apa pulak kuari, jabatan galian ipoh dah kata takdak aktiviti kuari di sebelum pukoi 12...
takkan jabatan galian nak tipu kot...
|
|
|
|
|
|
|
|
tanya jela netizen fb dgn tiktok
ramai palatao dalam tu duk ckp mcm2
|
|
|
|
|
|
|
|
jejaga
kot2 ada creature nk keluar dr bukit2 batu kapur sekitar bandaraya ipoh
ala2 stranger things
gitu....kaki netflix |
|
|
|
|
|
|
|
ni akan senyap je tanpa penyelesaian.
Ada yg citer balik kisah tahun 2018, bulan 10 jugak ..bunyi dan gegaran yg sama. Sampai ke sudah tak de jawapan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|