View: 12598|Reply: 3
|
[Tempatan]
Operasi hotel bidang kuasa kerajaan negeri, kata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)
[Copy link]
|
|
Operasi hotel bidang kuasa kerajaan negeri - MOTAC
https://www.bharian.com.my/berit ... rajaan-negeri-motac
Oleh Zanariah Abd Mutalib - Oktober 23, 2024 @ 11:11am
[email protected]
Datuk Seri Tiong King Sing. - Foto fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perkara berkaitan rumah tumpangan dan pemalaman, termasuk kawal selia tatacara operasi premis berkenaan berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, bukan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, berkata Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) memperuntukkan keperluan pendaftaran premis penginapan pelancong, termasuk hotel tetapi kawal selia dan penguatkuasaan operasi hotel bukan di bawah kementerian itu.
Justeru, King Sing berkata, MOTAC akan berbincang dengan kerajaan negeri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung kewajaran memasukkan peruntukan mengenai pemberian lesen dan kawal selia tatacara operasi hotel ke dalam Akta 482.
"Selain itu, MOTAC akan berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam menyelesaikan isu merangkumi pengambilan pekerja dalam sektor perhotelan bagi memastikan standard dan perkhidmatan premis penginapan pelancong sentiasa tinggi, terutama dalam melaksanakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2025," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan asal Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) sama ada kementerian mengambil serius dengan memantau lebih dekat isu penetapan waktu daftar masuk dan keluar oleh pengusaha hotel, susulan rungutan kebimbangan orang awam mengenai ketidakadilan hotel tempatan yang sewenang-wenangnya mengubah waktu daftar masuk dan keluar hotel.
Ahad lalu, King Sing, menggesa pengusaha hotel menyelaraskan semula masa daftar masuk dan keluar bagi memastikan pengguna menerima waktu penginapan sekurang-kurangnya 23 jam sehari.

Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 23-10-2024 11:38 AM
TETAPI...kalau Cina PRC 'sangkut' kat airport..itu saya punya bidang kuasa maaaa.....
Lu olang tau ke tau tau.... |
|
|
|
|
|
|
|
bagi memastikan pengguna menerima waktu penginapan sekurang-kurangnya 23 jam sehari
Aku calculate, with the current practice of check/in pukul 2, c/out pukul 12 you need to stay 2 malam to meet this target of daily average of 23 hrs of stay.
Kalau stay 4 malam, hotel boleh suruh keluar pukul 10 and still meet this 23 hrs average. Lagi lama stay lagi cepat boleh kena halau
|
|
|
|
|
|
|
|
tiba2 jth atas state.
jd boleh ja la hari jumaat hotel buat rules check in lewat- sbb solat jumaat xda staff nk hsekeeping.
check out jumaat pn awai sbb staff rehat awai? |
|
|
|
|
|
|
| |
|