CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9752|Reply: 4

[Tempatan] 'Barang murah orang miskin kena cukai, barang mahal orang kaya tak kena’

[Copy link]
Post time 23-10-2024 01:28 PM | Show all posts |Read mode
'Barang murah orang miskin kena cukai, barang mahal orang kaya tak kena’

https://www.malaysiakini.com/news/723651

N Faizal Ghazali, Alyaa Alhadjri & Ili Aqilah
Diterbitkan:  Oct 23, 2024 1:17 PM
Dikemaskini: 1:17 PM



PARLIMEN | Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) menempelak dasar kerajaan yang disifatkan sebagai songsang ketika mempersoal status melaksanakan cukai barang bernilai tinggi (HVGT).

Presiden Bersatu itu menegaskan pelaksanaan HVGT sepatutnya dilaksanakan pada tahun ini, sebaliknya tidak diketahui lagi perkembangannya.

"Kita tak dengar apa-apa berita lagi mengenainya. Adakah ditangguh atau dibatalkan? Sedangkan cukai jualan sebanyak 10 peratus ke atas barangan bernilai rendah atau low value goods tax telah pun dilaksanakan sejak bulan Januari tahun ini.

"Ini seolahnya orang miskin yang membeli barangan murah dikenakan cukai, orang kaya yang memberi barangan mahal tak dikenakan cukai. Ini satu dasar yang songsang," katanya pada sesi perbahasan Belanjawan Madani 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Pelaksanaan HVGT sebelum ini dirancang untuk dikuat kuasa pada tahun ini seperti mana diumumkan dalam belanjawan 2024 tahun lalu, bagaimanapun ia dilaporkan ditangguhkan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Julai lalu berkata penangguhan itu memberi ruang bagi memperkemas dasar dan perundangan berkaitan supaya pelaksaannya nanti teratur, cekap, dan selaras dengan amalan terbaik antarabangsa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2024 01:35 PM | Show all posts
Kalau takde HVGT selama ni beg LV tu tax free ka? soalan serius.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 03:44 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 23-10-2024 01:35 PM
Kalau takde HVGT selama ni beg LV tu tax free ka? soalan serius.

kadar duti utk handbag..... duti import - 0%, cukai jualan 10%....
start waktu bossku.. kadar duti import - 0%.. sebelum tu.. mmg ada duti import..



Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 04:00 PM | Show all posts
petpom replied at 23-10-2024 03:44 PM
kadar duti utk handbag..... duti import - 0%, cukai jualan 10%....
start waktu bossku.. kadar duti ...

OK thx.

Macam perfume, watches dan electronics la (among others) sebab nak pancing pelancong kononnya lah.



Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 04:10 PM | Show all posts
Boleh tak bagi contoh barang murah orang misekin tu apa dia? Baru la boleh decide boleh kecam atau idok...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.057364 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list