CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9544|Reply: 1

[Tempatan] Salah guna kad fleet, beli diesel harga subsidi seludup ke Siam

[Copy link]
Post time 23-10-2024 01:36 PM | Show all posts |Read mode
Salah guna kad fleet, beli diesel harga subsidi seludup ke Siam

https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... di-seludup-ke-siam/

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA
23 Oktober 2024, 11:44 am


Tiga keping kad fleet SKDS yang dirampas selepas seorang lelaki ditahan di Jalan Kasban, Kampung Tualang dekat Tumpat, semalam. Foto IHSAN PGA

TUMPAT – Seorang pemandu lori dicekup selepas didapati menyalah guna kad fleet di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dengan membeli 80 liter minyak diesel pada harga subsidi untuk diseludup ke Thailand di Jalan Kasban, Kampung Tualang, di sini semalam.

Lelaki berusia 58 tahun itu diberkas kira-kira pukul 8 pagi semasa anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, lori jenis Isuzu itu ditahan selepas mendapati ia dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas lori itu mendapati kenderaan tersebut membawa sebanyak 80 liter diesel yang bernilai RM236 di dalam tangki yang sudah diubah suai.

“Selain itu, tiga keping kad fleet dan resit pembelian yang digunakan untuk membeli minyak diesel pada harga subsidi turut dirampas.

“Siasatan mendapati, suspek dipercayai bertindak sebagai penghantar sebelum minyak diesel tersebut diseludup ke negara jiran,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, suspek dan barangan rampasan diserahkan kepada kompeni taktikal PGA Pengkalan Kubor di sini untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, PGA akan terus mempergiat usaha untuk mengekang kegiatan penyeludupan daripada terus berleluasa di kawasan sempadan negara. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2024 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
So apa lg mangkuk formula lapiji nak buat pasni, naikan diesel rm4.7 plk ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.649366 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list