CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9991|Reply: 0

[Sabah] JBPM Sabah respon 33 kes pokok tumbang bermula 18 hingga 23 Oktober

[Copy link]
Post time 23-10-2024 04:28 PM | Show all posts |Read mode


OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi memotong pokok tumbang di Kota Belud.

KOTA KINABALU: Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah merekodkan 33 panggilan kecemasan membabitkan kes pokok tumbang sejak lima hari lalu.

Pemangku Pengarah JBPM Farhan Sufyan Borhan berkata, kesemua panggilan kecemasan terbabit diterima seawal jam 7 pagi 18 Oktober sehingga 7 pagi hari ini.

“Panggilan paling tinggi diterima adalah daripada Kota Belud sebanyak tujuh kes diikuti lima kes di Tuaran, empat kes di Putatan dan masing-masing tiga kes di Kunak dan Penampang.

“Dua kes di setiap daerah di Keningau dan Papar manakala hanya satu kes di setiap daerah di Tambunan, Sandakan, Beluran, Tawau, Kota Kinabalu, Kudat dan Kuala Penyu,” katanya sambil menambah tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini.

Beliau turut menasihatkan semua lapisan masyarakat untuk sentiasa bersiap sedia menghadapi perubahan cuaca yang tidak menentu yang boleh mengakibatkan bencana banjir atau pokok tumbang akibat hujan lebat serta ribut petir.

Sebelum ini, Jabatan Meteoroloji Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah termasuklah kawasan pedalaman membabitkan Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan.

Amaran sama juga dikeluarkan di kawasan Pantai Barat, Sandakan, Beluran dan Kudat selain Labuan sehingga Jumaat ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.283626 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list