View: 32817|Reply: 6
|
[Tempatan]
Gelora nafsu kapten Bangladesh
[Copy link]
|
|
Gelora nafsu kapten Bangladesh
https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... -kapten-bangladesh/
Oleh KOSMO!
23 Oktober 2024, 4:22 pm
Anggota imigresen mengambil keterangan salah seorang wanita Vietnam yang diselamatkan selepas dikurung kapten Bangladesh di sebuah rumah dua tingkat di Klang Isnin lalu.
PETALING JAYA – Perbuatan jahat seorang lelaki Bangladesh bersama konco-konconya mengurung, memukul dan menjadikan sekumpulan tujuh wanita Vietnam sebagai pelacur terbongkar apabila diserbu sepasukan imigresen di Klang, Selangor Isnin lalu.
Jabatan Imigresen Malaysia dalam satu kenyataan berkata, serbuan pada pukul 11.23 malam di sebuah rumah kedai dua tingkat itu dilakukan selepas menerima maklumat mengenai pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran.
Katanya, wanita berusia antara 32 hingga 45 tahun itu menjadi mangsa eksploitasi seks selain dikurung dan dipukul jika enggan melayani pelanggan.
“Siasatan mendapati kesemua mangsa masuk ke negara ini sebagai pelancong tetapi dipaksa dan dieksploitasi sebagai pekerja seks di premis tersebut.
“Premis itu dikawal ketat oleh kapten warga Bangladesh dan dipantau sepanjang masa melalui kamera litar tertutup sehinggakan anggota operasi terpaksa memecahkan pintu utama selepas suspek enggan memberi kerjasama dan cuba melarikan diri melalui tingkap,” katanya.
Peralatan yang digunakan untuk melacur.
Menurut kenyataan itu, suspek bagaimanapun berjaya ditahan dan soal siasat kesemua pasport wanita Vietnam tersebut dipegang oleh ejen yang menawarkan pekerjaan kepada mereka.
Tambahnya, wanita Vietnam itu dibayar RM60 bagi setiap pelanggan dan mereka dilarang keluar untuk membeli makanan dan barang keperluan.
“Operasi itu turut menggunakan pendekatan mengenal pasti mangsa pemerdagangan orang (eksploitasi seks) dalam kalangan golongan rentan dengan berpandukan National Guideline on Human Trafficking Indicators 2.0.
Ujar kenyataan itu, imigresen sentiasa memandang serius perkara seumpama itu dan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang melakukan kesalahan pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.
Kes disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670] yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebat jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1.5 Juta Pekerja Bangladesh Akan Dibawa Masuk Ke Malaysia - Ahmad Zahid
Khamis, 25 Jun 2015 9:19 PM
⋅
Bukan salah kerajaan bawa masuk pekerja Bangladesh – TPM
13 Feb 2016 — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pekerja terbabit...
Zahid nafi 1.5 juta pekerja Bangladesh kerja di Malaysia
Bernama
Diterbitkan: Jul 24, 2017 3:24 PM |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian staff immigration yang kena turun padang kejor, tangkap babi-babi jahanam ni. Siapa agent yang angkut kapten ni datang sini untuk employ jadi bapak ayam? Ini termasuk term kerja 3D ke)(dirty/danger/difficult)? |
|
|
|
|
|
|
|
berapa hengget le yg umo 45 tu semalam?
cam dah pass expiry date je noks |
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 23-10-2024 06:22 PM
berapa hengget le yg umo 45 tu semalam?
cam dah pass expiry date je noks
Tuh jualan rahmah sis
Hada diskaun madani |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha gicheww
udah kendorrrr, sekali tapak kaki boleh lobos gamaknya
|
|
|
|
|
|
|
|
Radzor replied at 23-10-2024 06:04 PM
1.5 Juta Pekerja Bangladesh Akan Dibawa Masuk Ke Malaysia - Ahmad Zahid
Khamis, 25 Jun 2015 9:19 PM
...
Tengok la sapa guru wak 47, yg janji turun minyak, hapus ptptn, hapus tol, bla bla bla |
|
|
|
|
|
|
| |
|