View: 16673|Reply: 87
|
[Tempatan]
Pengantin baharu kemalangan di Singapura, keluarga mohon bantuan
[Copy link]
|
|
Pengantin baharu kemalangan di Singapura, keluarga mohon bantuan
https://www.bharian.com.my/berit ... uarga-mohon-bantuan
BERNAMA - Oktober 24, 2024 @ 7:54am
Akif-Zarr Ukasyah kini dirawat di Hospital Universiti Nasional, Singapura.
SINGAPURA: Seorang rakyat Malaysia yang kini terlantar di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Universiti Nasional (NUH) Singapura selepas terbabit kemalangan di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) di sini, Khamis lalu memohon bantuan orang ramai untuk membiayai kos rawatannya di republik itu.
Ini selepas Akif-Zarr Ukasyah Shuhaimi, 28, yang dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru dari tempat kerja digilis sebuah motosikal berkuasa tinggi setelah dia terjatuh dari motosikalnya kerana cuba mengelak kemalangan lain.
Akif-Zarr yang berasal dari Kelantan dan bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat makanan dan minuman (F&B) di Bencoolen Street, di sini, baru mendirikan rumah tangga tiga minggu lalu, cedera serius tulang belakang, patah tangan kiri selain pendarahan dalaman akibat kecederaan paru-paru.
Isterinya, Nur Syahirah Md Zohir yang bekerja di Kulim, Kedah berkata keluarga diminta membayar sekurang-kurangnya 50 peratus kos rawatan di NUH sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
"Sebelum ini suami memang dinasihatkan untuk tidak dipindahkan kerana belum stabil. Hospital baru sahaja maklumkan petang tadi bahawa Akif-Zarr sudah boleh dipindahkan," katanya kepada BERNAMA ketika ditemui di NUH.
Bil setakat 23 Oktober berjumlah S$110,537.60 (S$1=RM3.29).
Nur Syahirah yang kelihatan sugul berkata mereka sekeluarga kini runsing memikirkan bil hospital yang perlu diselesaikan.
Ibu Akif-Zarr, Ku Amazon Tuan Yusof, yang bekerja sebagai guru di sebuah sekolah negeri di Kelantan berkata mereka sekeluarga kini berulang dari Johor Bahru setiap hari bagi melawat anak keduanya itu.
Beliau berkata mereka kini menumpang di rumah kawan Akif-Zarr dan akan berada di hospital sehingga waktu melawat berakhir pada 8 malam setiap hari.
"Saya tengok keadaan dia, Akif-Zarr memang perlukan sokongan kami sekeluarga. Jadi, walaupun dengan keadaan yang kurang sihat, kami akan tetap berulang sampai dia boleh pindah ke HSA," katanya yang menghidap hipertensi, selain bapa Akif-Zarr yang mempunyai penyakit jantung.
Ku Amazon berkata, beliau memohon jasa baik orang ramai untuk menyumbang bagi membayar bil hospital, selain mendoakan semoga anak kedua daripada enam adik beradik yang selama ini menjadi harapan keluarga cepat sembuh dan tabah menghadapi proses penyembuhan yang panjang.
"Doktor beritahu masih ada beberapa pembedahan yang perlu dilakukan. Kami hasrat untuk buat di Johor nanti.
"Keutamaan kami, selesaikan bil di sini dan kemudiannya fikirkan langkah seterusnya.
"Doktor juga ada minta kami sediakan kerusi roda. Kami sekeluarga ada ikhtiar untuk jual apa yang ada namun semua itu perlukan masa, dan kami kesuntukan waktu," katanya.
Ku Amazon berkata buat masa ini walaupun dalam keadaan yang lemah, Akif-Zarr sudah mampu berkomunikasi dengan menulis.
"Kami berterima kasih pada NUH sebab bagi rawatan selain prihatin. Pekerja sosial juga ada jumpa tanya keadaan kami.
"Kami juga berterima kasih pada yang telah dan akan menyumbang," katanya.
Beliau berkata setakat ini, sumbangan yang telah diterima adalah sebanyak S$7,000.
Sumbangan boleh disalurkan kepada nombor akaun berikut: Ku Amazon Tuan Yusof (ibu) (Maybank - 153039098822) atau Nur Syahirah Md Zohir (isteri) (CIMB - 7612785947).
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
takde insurans berkelompok ke company yg beliau kerja tu? |
|
|
|
|
|
|
|
majikan dia mana?
plus kata kerja singapore gaji tinggi..
takkan takde simpanan langsung..
insurance sendiri pun takde ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ni macam baru kerja . Belum cukup haul insurans |
|
|
|
|
|
|
|
Teruk nya pengurusan risiko kerja di Singapore takde perkeso equivalent ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 24-10-2024 10:41 AM
Banyak 100k = 300k duit malaysia padahal seberang ja
Org Singapore juga patut turut tolong
Wargasing bangla indon aman2 masuk hospital Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Allah, dugaan betul..dah la baru kawen, wife jauh di hujung semenanjung..agaknya saving habis buat kenduri kawen haritu la kot |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudahkan urusan..Rare nama maknya Ku Amazon
|
|
|
|
|
|
|
|
tak komen rasa stress
bila komen, nanti dapat dosa maSuk neraka |
|
|
|
|
|
|
|
maka komenla positif aja
dlm hal cmni, akan ada byk komen -ve dari positif
doa supaya diorg dipermudahkan sudah..
ujian hidup org lain2 |
|
|
|
|
|
|
|
keje kat sana majikan takde sediakan insurans ek? bahaya betul.
kesian ,..semoga dipermudahkan dan cpt boleh transfer ke hospital di JB. |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu Rabb dlm kehidupan kita sendiri pun selalu akan terjadi ujian utk benda yang tidak disangka.. Jgn tuding jari pd sesiapa. Allah yg memberi segala ujian pd setiap hambaNYA..
Moga segera Allah angkat segala kesulitan dalam semua urusan beliau.. Amiin Ya Rabbal Alamiin.. |
|
|
|
|
|
|
|
nama ahli keluarga , mcm jnis keturunan kaya je , mak ckgu plak tu , masih nk meminta2 derma ye
keje spore gaji masyuk tak reti bli insurans ke
hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kerja F&B ni tak tahu la kan ada perkeso ke idok ibarat hang kerja restoran nasi kandar kat malaysia ni jek la, tak pun restoran ayam penyet...
kalau sektor lain iols rasa ada...
kalau kat malaysia pun bukan jam itu perkeso bagi duit... insurans pun setengah company bukan bagi banyak. kena penyakit mahal... elok masuk spital gomen jek. |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 24-10-2024 10:07 AM
majikan dia mana?
plus kata kerja singapore gaji tinggi..
takkan takde simpanan langsung..
Ada simpanan pun kalo da bil mcm tu mmg x cukup gak |
|
|
|
|
|
|
|
nazurah replied at 24-10-2024 12:44 PM
kalau kerja F&B ni tak tahu la kan ada perkeso ke idok ibarat hang kerja restoran nasi kandar kat ma ...
Ialah kalo kat msia ada option msk gh. Tp kalo ko sakit kat luar negara mmg Pisang la mat. Hospital adalah perniagaan bkn bdn kebajikan |
|
|
|
|
|
|
|
kan kan kannn
baru nak tanya yg sama
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudah semua urusan |
|
|
|
|
|
|
|
budak yg kje as cleaner pun gaji SGD2000 sebulan..ni keje penyelia sure lg tinggi..xkan la x mampu amik insurance pun.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|