View: 40360|Reply: 8
|
Lelaki kantoi curi bateri kereta telah ditahan polis
[Copy link]
|
|
Gombak: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki mencuri bateri kereta di kawasan parkir pasar raya di sekitar Batu Caves, di sini, kelmarin.
Kejadian itu tular selepas satu klip video papan pemuka kenderaan mangsa yang terpasang semasa kejadian berjaya merakam suspek sedang membuat 'kerja' dimuatnaik di media sosial.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohd Nasir, berkata kejadian berlaku 8.08 malam membabitkan seorang mangsa berusia 51 tahun.
"emilik kereta seorang lelaki tempatan cuba menghidupkan kenderaan itu kira-kira 10.30 malam tetapi tidak berjaya lalu membuat pemeriksaan dan mendapati bateri kereta sudah tiada.
"Mangsa membuat semakan rakaman kamera papan pemuka mendapati seorang lelaki memakai topi hitam dan berbaju gelap membuka bonet dan mengambil bateri terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, ketika ditahan pihak polis turut merampas barang kes iaitu satu unit bateri kereta dipercayai mempunyai kaitan dengan kes terbabit.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 379A (1) Kanun Keseksaan iaitu mencuri mana-mana komponen sesebuah kenderaan bermotor.
"Hukuman bagi kesalahan ini boleh dipenjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih daripada tujuh tahun dan juga boleh dikenakan denda," katanya.
Sumber – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Dashcam jenis auto detect ke tu
Nk cr lh 1 |
|
|
|
|
|
|
|
Dashcam yang akan rekod sebarang pergerakan di hadapan walaupun kereta parking |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh je. hardwire ke bateri, record 24 hours. |
|
|
|
|
|
|
|
bateri pun kena curi ke
berapa sen sgt la dpt jual bateri
|
|
|
|
|
|
|
|
10 thn lepas kedai besi buruk beli battery RM2 sekilo
Contohnya kalau hilux berat battry tu dlm 15kilo
harga sekarang ni aku tak pastila...
|
|
|
|
|
|
|
|
matamata replied at 25-10-2024 07:11 PM
10 thn lepas kedai besi buruk beli battery RM2 sekilo
Contohnya kalau hilux berat battry tu dlm 15 ...
fuh blh tahan jugak rega tu blh pekena roti canai awek cun yg viral baru ni
aku ada 2 bijik bateri kereta dah kong
selalu keling yg lalu kat sini cari besi buruk
malas jual kat keling dorang amik murah |
|
|
|
|
|
|
|
Byk2 benda,bateri kete org yg kau curi bang.curi la yg berpotensi sikit.high risk,high return. Kau punya modus operandi ni mcm high risk low return jek. Dah alang2 susah je keje kau baik ko keje kebun sawit mcm indo kt tiktok tu gaji dekat 5k jugak. Lengan da sado tu,aku rasa kau bole lulus interbiu dgn mudah |
|
|
|
|
|
|
| |
|