CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39881|Reply: 12

[Tempatan] Takrifan T15 dinilai berdasarkan kawasan, tak bersifat nasional, kata Raja Formula Rafizi Ramli. #2, Takrifan T15 diperinci dalam sebulan, kata Raja Formula Rafizi Ramli

[Copy link]
Post time 28-10-2024 10:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 28-10-2024 02:40 PM

Takrifan T15 dinilai berdasarkan kawasan, tak bersifat nasional - Rafizi

https://m.malaysiakini.com/news/724212

Bernama
Diterbitkan:  Oct 28, 2024 4:22 PM
Dikemaskini: 4:22 PM



Kementerian Ekonomi sedang memperincikan kumpulan T15 dalam tempoh sebulan ini dengan kerjasama Kementerian Kewangan, sebelum dibentangkan kepada Kabinet untuk kelulusan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Rafizi berkata perincian itu amat diperlukan bagi memberi garis lebih tepat kepada kumpulan T15, yang akan dinilai berdasarkan lokaliti dan takrifannya bukan lagi bersifat nasional, sebagaimana dasar terdahulu.

“(Takrifan T15) ia takkan jadi satu garis (asas) untuk satu negara sebab perbelanjaan itu berbeza-beza, kuasa hidup dia berbeza-beza ikut kawasan. Jadi mungkin di satu kawasan, kalau dah lebih RM10,000 pendapatan isi rumah, bila dah ditengok semua dengan perbelanjaan bersih (dan) pendapatan boleh belanja bersih (sesebuah keluarga).

“Kalau kita buat macam tu (takrifan secara pukal) untuk satu negara dan itulah yang berlaku ketidakadilan. Anda tahu yang (berpendapatan) RM15,000 di Kuala Lumpur, (itu) di kawasan yang mahal, tapi RM15,000, katakanlah di Gua Musang, memang kayalah... jadi dia berkemungkinan penentuan (T15) itu sebenarnya mengikut lokasi,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sesi libat urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) oleh Kementerian Ekonomi bersama kerajaan Melaka, yang turut dihadiri Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh di Melaka hari ini.

Rafizi berkata asas bagi takrifan T15 itu juga akan berpandukan pendapatan boleh belanja bersih sesebuah isi rumah, dengan ukuran tanggungan dibuat berdasarkan perbelanjaan asas kehidupan wajar.

“Maksudnya bagi setiap keluarga yang saiznya tertentu, berapakah jumlah minima yang diperlukan untuk menjalani kehidupan wajar.

“Kehidupan wajar ini definisinya ialah selain daripada kena ada rumah yang baik, makan, minum, ia juga mempunyai belanja untuk menyertai kehidupan yang ada sosial, ada hiburan dan sebagainya... kesihatannya dijaga dengan baik,” katanya.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 sebelum ini dilaporkan beberapa subsidi akan dikurangkan bagi golongan T15 dan perkara itu mendapat perhatian pelbagai pihak yang meminta kerajaan meneliti semula pengelasan pendapatan isi rumah, bagi mengelakkan keciciran pemberian bantuan serta subsidi petrol.

Anwar turut menyelar tindakan sesetengah pihak yang mempertahankan subsidi bagi golongan T15, sedangkan pendapatan mereka ada mencecah RM100,000 hingga RM1 juta.

-Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2024 10:39 PM | Show all posts
Takrifan T15 diperinci dalam sebulan, kata Rafizi

https://www.freemalaysiatoday.co ... ebulan-kata-rafizi/

Bernama
28 Oct 2024, 05:04 PM


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata takrifan kumpulan T15 akan diperincikan dalam tempoh sebulan sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan.

Menteri ekonomi berkata ia bagi memberi garis lebih tepat yang akan dinilai berdasarkan lokaliti dan takrifannya bukan lagi bersifat nasional.

MELAKA: Kementerian Ekonomi sedang memperincikan kumpulan T15 dalam tempoh sebulan ini dengan kerjasama Kementerian Kewangan, sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata perincian itu amat diperlukan bagi memberi garis lebih tepat kepada kumpulan T15, yang akan dinilai berdasarkan lokaliti dan takrifannya bukan lagi bersifat nasional, sebagaimana dasar terdahulu.

“(Takrifan T15) ia takkan jadi satu garis (asas) untuk satu negara sebab perbelanjaan itu berbeza-beza, kuasa hidup dia berbeza-beza ikut kawasan. Jadi mungkin di satu kawasan, kalau dah lebih RM10,000 pendapatan isi rumah, bila dah tengok semua dengan perbelanjaan bersih (dan) pendapatan boleh belanja bersih (sesebuah keluarga).

“Kalau kita buat macam tu (takrifan secara pukal) untuk satu negara dan itulah yang berlaku ketidakadilan. Anda tahu yang (berpendapatan) RM15,000 di Kuala Lumpur, (itu) di kawasan yang mahal, tapi RM15,000, katakanlah di Gua Musang, memang kayalah… jadi dia berkemungkinan penentuan (T15) itu sebenarnya mengikut lokasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) oleh Kementerian Ekonomi bersama kerajaan Melaka, yang turut dihadiri Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.

Rafizi berkata asas bagi takrifan T15 itu juga akan berpandukan pendapatan boleh belanja bersih sesebuah isi rumah, dengan ukuran tanggungan dibuat berdasarkan perbelanjaan asas kehidupan wajar.

“Maksudnya bagi setiap keluarga yang saiznya tertentu, berapakah jumlah minima yang diperlukan untuk menjalani kehidupan wajar.

“Kehidupan wajar ini definisinya ialah selain daripada kena ada rumah yang baik, makan, minum, ia juga mempunyai belanja untuk menyertai kehidupan yang ada sosial, ada hiburan dan sebagainya… kesihatannya dijaga dengan baik,” katanya.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 sebelum ini dilaporkan beberapa subsidi akan dikurangkan bagi golongan T15 dan perkara itu mendapat perhatian pelbagai pihak yang meminta kerajaan meneliti semula pengelasan pendapatan isi rumah, bagi mengelakkan keciciran pemberian bantuan serta subsidi petrol.

Anwar turut menyelar tindakan sesetengah pihak yang mempertahankan subsidi bagi golongan T15, sedangkan pendapatan mereka ada mencecah RM100,000 hingga RM1 juta.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
suruh driver isi
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 07:53 AM | Show all posts
pastikan semua ahli parlimen secara automatik golongan T15. jangan nafikan......ke mereka tak kisah sbb dapat elaun minyak
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 01:25 PM | Show all posts
Edited by lia98 at 29-10-2024 04:27 PM

Kalo kerja kat kl, menetap di nogori semilan, ic alamat kelate, pasangan pula keje kat melaka - nak takrif T15 ikut lokasi mana?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 03:44 PM | Show all posts
selepas ni adalah peluang kerjaya mengisi minyak kereta bagi geng non T15..  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2024 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
lia98 replied at 29-10-2024 01:25 PM
Kalo kerja kat kl, menetap di nogori semilan, ic alamat kelate - nak takrif T15 ikut lokasi mana?

Takpe..dah isu Padu khen?? Padu akan menilai secaa menyeluruh
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Menurut fantasi pensokong satu ketika dahulu sepatutnya semuanya indah2 belaka kalau awnar jadi PM

Tapi malangnya hauk jua yang menimpa sis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2024 04:30 PM | Show all posts
pocongkiutss replied at 29-10-2024 03:56 PM
Takpe..dah isu Padu khen?? Padu akan menilai secaa menyeluruh

Tak bleh harap kat system je weh. Apa yg diminta isi kat Padu tu pun tak menyeluruh.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila mulut lagi laju dari otak......ini la orangnya
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Anwar turut menyelar tindakan sesetengah pihak yang mempertahankan subsidi bagi golongan T15, sedangkan pendapatan mereka ada mencecah RM100,000 hingga RM1 juta.

100k sebulan ka setahun? Before or after tax?
Kalau sejota setahun tu ntah2 mmg tak amek sabsidi
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
lia98 replied at 29-10-2024 04:30 PM
Tak bleh harap kat system je weh. Apa yg diminta isi kat Padu tu pun tak menyeluruh.

Jgn jd pembaris sis iols ikut kata2 penyembah bangnon jah tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 29-10-2024 04:11 PM
Menurut fantasi pensokong satu ketika dahulu sepatutnya semuanya indah2 belaka kalau awnar jadi PM

...

Penyokong dia yg guling2 semua terpaling redho termasuk org yg iols kenal..padahal zaman jibby kalau benda naik 2-3 sen tu dia punya melalak tohan je yg tau..ni nk tgk jugak kalau dia termasuk golongan mahakaya yg bangnon ckp tu walhal anak ramai + ada yg perlu perbelanjaan lebih..nk tgk dia merempan guling2 ke tak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.052684 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list