LONDON – Sekumpulan saintis menguraikan peta tertua dunia yang terukir pada tablet tanah liat berusia kira-kira 3,000 tahun dan mendakwa bahawa kepingan itu memaparkan lokasi Bahtera Nabi Nuh, lapor portal berita MailOnline semalam.
Artifak Babylon dikenali sebagai Imago Mundi itu menunjukkan gambar rajah bulat dengan sistem tulisan menggunakan simbol berbentuk baji untuk menggambarkan dunia mula tercipta.
Penyelidik Muzium British, London, di mana tablet itu ditempatkan, menjelaskan bahawa bahagian belakang tablet itu bertindak seperti kunci. Ia menerangkan perkara yang akan dilihat oleh pengembara dalam perjalanan mereka jika mengikuti peta tersebut.
Satu lagi bahagian mengatakan bahawa mereka mesti melalui ‘tujuh liga untuk melihat sesuatu yang tebal seperti kapal ‘parsiktu’.
Perkataan ‘parsiktu’ turut ditemui pada tablet Babylon purba yang lain, khusus untuk menerangkan saiz kapal yang diperlukan untuk bertahan daripada banjir besar.
Kurator Muzium British, Dr. Irving Finkel berkata: “Ia menunjukkan kisah Bahtera Nabi Nuh. Jika anda melakukan perjalanan ini, anda akan melihat sisa-sisa bahtera bersejarah ini.”
Finkle menjelaskan bahawa sesiapa yang melalui laluan ke Urartu, secara teorinya, akan melihat bahagian tepi kayu kapal di atas gunung ‘seperti yang terdapat dalam kitab Injil’.
Menurutnya, bahtera itu berada di ‘Gunung Ararat’, Turkiye, berikutan banjir 150 hari yang menenggelamkan Bumi dan setiap makhluk hidup di atasnya.
Banjir besar tersebut dikatakan berlaku 2,000 tahun sebelum tablet itu diukir.
Bahtera itu dikatakan berukuran panjang 160 meter(515 kaki) dengan lebar lebih 26 meter(86 kaki) dan tinggi 16 meter(52 kaki).
Penemuan tersebut adalah berdasarkan analisis saintis dan sejarawan Barat semata-mata. – AGENSI
Post time 29-10-2024 09:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by dua_chzy at 29-10-2024 01:58 PM
Pasal bahtera Nuh hado atas Gunung Ararat ni bukan ke dah lama? Cer korang google Youtube ekspedisi carik Noah's Ark nih. Hada banyak video. But dari sudut pandangan Kriste la yek dah yang buat ekspedisi pun, Kriste.
Atok ni yang pemula pada teori ni, Ron Wyatt. Masa tu ramai kata heshe fake la etc.
Post time 29-10-2024 10:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ni lak Sodom n Gomorrah. Tak silap atok Ron tu juga yang discovered tempat ni. Tapi zaman dia revealed kajian2 dia, takda yang pedulik. Youtube pun tadop.
Sapo minat archeological plus theology, boleh layan video ni. Stad2 macam Auni tu banyak blaja dari Youtube la. Boleh tau dari cara meka bercakap.
Post time 30-10-2024 08:31 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Jika ikot historian and archeology noah itu hebrew name... Real name noah ada 3 names di mention dalam epic of gilgamesh cuneiform... Noah of ark... Cuneiform epic of gilgamesh dated 3k to 5k years ago... Map ini 3k years ago... Maybe another story-telling... Noah of ark...
Post time 1-11-2024 11:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sbg muslim, dlm quran, kata dibukit /gunung Judi berlabuhnya kapal Nabi Nuh as..so carilah kat mana..den pun xtau..tp cukup kita imani apa yg Allah SWT bagitau..kalau rs.blh cari, silakan..kalau rs xmampu...cukup imani segala apa termaktub dlm alquran..itu je...