CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15363|Reply: 7

[Tempatan] 'Telah hilang segala roh perjuangan ini': Ahli Parlimen PKR kecewa pentadbiran Anwar Ibrahim

[Copy link]
Post time 30-10-2024 03:03 PM | Show all posts |Read mode
'Telah hilang segala roh perjuangan ini': Ahli Parlimen PKR kecewa pentadbiran Anwar

https://www.malaysianow.com/my/n ... a-pentadbiran-anwar

MalaysiaNow
Oktober 29, 2024 11:31 tengahari


Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim. Gambar: Facebook

Nukilan Hassan Karim sekali lagi menjadikan beliau satu-satunya pemimpin PH yang mengakui kerajaan sekarang tidak berpegang kepada prinsip perjuangan.

Ahli Parlimen Pakatan Harapan Hassan Karim sekali lagi meluahkan perasaan kecewa dengan pentadbiran Anwar Ibrahim di sebalik ledakan kritikan terhadap perdana menteri susulan komennya menerima baik permohonan maaf Najib Razak berhubung skandal 1MDB.

Wakil rakyat Pasir Gudang dari PKR itu memuat naik puisi dengan tajuk "Aku kembali menyoal diri", sambil berkata pelbagai "perkara-perkara pelik" sedang berlaku dalam usaha mengekal kuasa.

"Ke arah mana perginya perjuangan ini? Telah hilang segala roh; telah lenyap cita-cita murni," tulis Hassan.

"Tiba-tiba banyak perkara bisa dihalalkan; yang rasuah dilepaskan; kemaafan si kleptokrat dialu-alukan.

"Oh, tanahairku; ada diskaun dan potong harga rupanya; dalam hukuman golongan kayangan; kemudian akan ada tak lama lagi, RUU tahanan rumah akan dibentangkan," tulisnya, merujuk kepada cadangan kerajaan mewujudkan sebuah akta membenarkan banduan menjalankan hukuman di rumah, di sebalik tekanan oleh pemimpin Umno untuk membebaskan Najib.

"Inikah negeri yang aku impikan? Yang bertahun-tahun kita perjuangkan?"

Hantaran itu dimuat naik sehari selepas Anwar mempertahankan tindakannya "menerima baik" kenyataan maaf Najib yang mengundang kecaman pelbagai pihak.

Dalam kenyataan minggu lepas dibacakan anak sulung Najib, Nizar Najib, bekas perdana menteri itu berkata beliau bertanggungjawab terhadap skandal 1MDB kerana ia berlaku di bawah pengawasannya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan.

Bagaimanapun, Najib enggan mengaku salah mengenai pemindahan keluar wang besar-besaran daripada 1MDB.

Anwar sedang berdepan tekanan daripada penyokong Najib, ahli keluarganya serta Umno - parti yang sokongannya memastikan cita-citanya menjadi perdana menteri dicapai pada 2022 - untuk membebaskan bekas pemimpin itu melalui pengampunan diraja, seperti mana yang diberikan kepada Anwar sendiri pada 2018 atas saranan perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Najib yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana menyelewengkan RM42 juta dana SRC International, cuma diberikan pengampunan separa, iaitu dengan mengurangkan hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada enam tahun, dan denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Keputusan itu disusuli dengan pendedahan bahawa terdapat sebuah "titah tambahan" (adendum) disertakan bersama pengampunan yang diumumkan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, di mana bekas Yang di-Pertuan Agong itu mahu Najib menjalani baki hukuman sebagai tahanan di rumah.

Semalam, Anwar dalam menjawab kritikan terhadapnya sekali lagi melancarkan serangan terhadap musuh politiknya, dengan menuduh mereka mengabaikan pemimpin-pemimpin yang "sakau berbilion ringgit".

"Bila nak serang, serang satu orang. Tak adil nak serang satu orang. Yang serang tu, harta yang disakau itu lebih daripada itu."

Antara yang mengkritik Anwar ialah bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), badan utama yang melakukan siasatan sehingga sabitan Najib pada 2022.

Latheefa Koya mempersoalkan perdana menteri dengan berkata bukan tempat mahupun ruang kuasa Anwar untuk menerima baik kenyataan maaf Najib.

"Oleh kerana Najib masih mengaku tidak bersalah, penerimaan Anwar membenarkan jenayah itu. Ia memberanikan mereka yang korup, mempermainkan mahkamah dan melemahkan SPRM.

"Adakah ini mukadimah sebelum membebaskan Najib sebagai tahanan di rumah?" soalnya.

Anwar sebaliknya berkata beliau merupakan "bapa kepada negara", dan kenyataannya menunjukkan beliau seorang pemimpin yang bertanggungjawab.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2024 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 30-10-2024 03:50 PM

...APABILA:
1.rega minyak tak turun.
2.1juta peluang pekerjaan..tuk warga asing rupanya.
3.utang berlajor tetap kena bayor.
4.Pendidikkan TAK PERCUMA.
5.Lynas tada bahayanya pung.....
6.Wa kibar wa punya mendela...lor...
7.dan lain2...
                     
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Memaafkan x bermakna yg bersalah tu boleh aman2  keluar penjara balik lepak dok rumah, samdoll??
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 30-10-2024 03:59 PM
Memaafkan x bermakna yg bersalah tu boleh aman2  keluar penjara balik lepak dok rumah, samdoll??

ada orng menggelupor la......pulok.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah sedar diri. Korang bukan menang bergaya pun nak demand macam2. DAP yang paling banyak kerusi pun tak sampai berpuisi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 30-10-2024 06:49 PM
Eloklah sedar diri. Korang bukan menang bergaya pun nak demand macam2. DAP yang paling banyak kerusi ...

oohh.. lepas beberapa pilihanraya kecil ni DAP yg paling banyak kerusi eh?

sbb masa pru dulu DAP 40. PAS 43
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2024 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 30-10-2024 11:02 PM
oohh.. lepas beberapa pilihanraya kecil ni DAP yg paling banyak kerusi eh?

sbb masa pru dulu DAP  ...

Bukan eh? Aku tak pernah kira pun baca kat forum ja. Anyway fact remains tiada satu pihak pun yang boleh bentuk Malaysia ni ikut tekak dia. Semua compromise ja.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2024 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Pendek kata, hauk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.044418 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list