CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31542|Reply: 0

[Sarawak] Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris perkasa pelajar di peringkat global

[Copy link]
Post time 30-10-2024 10:52 PM | Show all posts |Read mode


Para peserta yang hadir merakam kenangan bersama Sagah (tengah) dan tetamu kehormat yang lain pada perasmian Majlis Pembukaan Fasa Kedua DLP Sarawak 2024 di Bintulu, hari ini.

BINTULU: Pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris akan memastikan setiap pelajar di negeri ini mampu memahami dengan baik akan subjek yang dipelajari khususnya dalam kedua-dua subjek penting ini, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Dato Seri Roland Sagah Wee Inn.
Menurutnya, program dwibahasa ini amat unik di Sarawak yang mana mata pelajaran Sains dan Matematik diajar sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

"Inisiatif sebegini menjadikan kerajaan amat komited bagi melengkapkan pelajar sekolah di negeri ini bukan hanya dengan ilmu akademik tetapi pada masa sama menguasai kemahiran bahasa Inggeris yang sememangnya bahasa dunia global yang memberikan banyak manfaat buat mereka pada masa depan," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Pembukaan Fasa Kedua Program Dwibahasa (DLP) Sarawak 2024 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Katanya, dengan menerapkan bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran kritikal ini, ia memberi peluang kepada pelajar muda yang merupakan barisan pemimpin pelapis masa depan mengakses pengetahuan dan sumber global, sekali gus membolehkan mereka berjaya dalam dunia yang serba canggih sekarang.

Fasa ini jelasnya, menjadi petanda jelas dan langkah drastik ke arah menyediakan pendidikan berkualiti serta memperkasa guru dan pelajar.

Beliau pada masa sama sebagaimana sebelum ini turut memberi jaminan bahawa MEITD sedang giat mencari dana tambahan untuk menyokong pengembangan dan kelestarian DLP Sarawak.

"Hari ini, saya mengumumkan satu berita gembira bahawa usaha kita telah berhasil yang mana dengan kelulusan dana tambahan daripada Kerajaan Sarawak baru-baru ini, MEITD kini dapat melaksanakan fasa kedua bengkel ini yang menyasarkan guru-guru yang belum pernah menghadiri kursus asas pada tahun sebelumnya.
Sagah menyifatkan kejayaan DLP Sarawak bukan sahaja menjadi keutamaan tetapi padamasa sama menjadi keperluan bagi semua pihak.

"Bagi mencapai matlamat ini, MEITD akan memastikan segala bentuk sokongan, latihan dan sumber yang diperlukan akan disediakan kepada sekolah, guru dan pelajar," ujarnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.082638 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list