CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33530|Reply: 0

[Sarawak] PETROS catat pencapaian luar biasa dalam industri minyak dan gas

[Copy link]
Post time 30-10-2024 10:54 PM | Show all posts |Read mode


Awang Tengah melawat reruai pameran pada Majlis Perasmian PETROS Connect 2024 di Kuching, hari ini.

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) telah mencatatkan pencapaian luar biasa dalam industri minyak dan gas di Sarawak sejak penubuhannya tujuh tahun lalu.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini termasuk meningkatkan penglibatan dalam sektor huluan dan hiliran serta memperluaskan bahagian perkongsian Sarawak daripada hasil minyak dan gas negeri ini.

“Hari ini menandakan satu pencapaian penting bagi PETROS dalam misinya untuk meningkatkan penyertaan Sarawak dan rakyat Sarawak dalam industri minyak dan gas kita.

“Apa yang telah dicapai oleh PETROS dalam tempoh penubuhannya sejak 2017 adalah luar biasa.  

“Dan kini, PETROS berdiri sebagai pengeluar minyak dan gas ketiga terbesar di Malaysia serta satu-satunya agregator gas dan menguruskan pengedaran dan pembekalan gas petroleum cecair (LPG) di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian PETROS Connect 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan mengucapkan tahniah atas usaha PETROS selama ini.

“Tahniah kepada Lembaga Pengarah dan pengurusan PETROS atas pencapaian mereka yang sangat luar biasa dan membanggakan ini,” katanya.

Sementara itu, mengenai PETROS Connect beliau berkata, ia adalah platform yang direka untuk menghubungkan para pemegang kepentingan tempatan dan asing dalam industri minyak dan gas.

“Ia mempromosikan pertumbuhan industri dengan membolehkan penerokaan lapangan minyak dan gas baharu serta penggunaan teknologi canggih seperti penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS),” katanya.

Platform ini, kata Awang Tengah selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang bertujuan mengubah ekonomi Sarawak ke arah pembangunan rendah karbon yang mampan.

“Di bawah kepimpinan berwawasan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, PETROS berada di barisan hadapan dalam transformasi ekonomi Sarawak,” ujarnya.

Tambah beliau, PETROS Connect akan mempamerkan peluang untuk industri minyak dan gas mengembangkan perniagaan mereka di Sarawak dan menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Sarawak.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.061461 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list