CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41414|Reply: 0

[Sabah] Latihan simulasi kecemasan berskala penuh uji kesiapsiagaan hadapi insiden nahas kapal terbang

[Copy link]
Post time 31-10-2024 09:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 31-10-2024 01:42 PM



PENUH: Latihan simulasi kecemasan berskala penuh yang diadakan di LTAKK.



LATIHAN: Unit Forensik menjalankan pemeriksaan mangsa di lokasi semasa latihan dijalankan.

KOTA KINABALU: Latihan simulasi kecemasan berskala penuh yang diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) menguji kesiapsiagaan agensi keselamatan dalam menghadapi insiden nahas kapal terbang.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dalam satu perkongsian di laman rasmi menyatakan senario latihan melibatkan pesawat Suria Airlines yang mengalami masalah enjin ketika berlepas ke Tawau.

Agensi keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan anggota keselamatan penerbangan (AVSEC) digerakkan untuk melaksanakan protokol kecemasan, termasuk pemadaman api, penyelamatan, rawatan kecemasan dan kawalan keselamatan.

“Latihan simulasi ini berjaya mencapai objektifnya dengan memastikan setiap agensi yang terlibat dalam pengurusan kecemasan berada dalam keadaan bersedia.

“Ia juga menjadi platform untuk mengenal pasti sebarang kelemahan dalam pelan tindakan kecemasan sedia ada dan memperbaikinya bagi meningkatkan kecekapan serta keberkesanan tindak balas kecemasan,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.053806 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list