https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2024/11/1318622/seorang-maut-kilang-minyak-masak-terbakar-di-jakarta
JAKARTA: Seorang maut dalam kebakaran besar di sebuah kilang minyak masak di Jakarta, Indonesia, memaksa kira-kira 20 jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran berkenaan, hari ini. Rakaman daripada Metro TV menunjukkan api besar dan asap hitam tebal keluar daripada sebuah bangunan kilang di Bekasi, sebuah bandar di pinggir timur Jakarta. Dilaporkan jalan-jalan di sekitar kilang berkenaan telah ditutup. Anggota bomba dikenali sebagai Haryanto yang berada di kawasan kilang berkenaan memberitahu bahawa seorang telah ditemui maut di lokasi kejadian. Seorang lagi anggota bomba dikenali sebagai Maswa berkata, kilang minyak masak berkenaan dioperasikan oleh PT Primus Sanus Cooking Oil Industrial (Priscolin).
Gambar dari dron menunjukkan asap dan api marak membakar kilang mintak masak di Bekasi, barat Jawa - REUTERS
|