KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menamatkan sepenuhnya operasi memadam api di tapak pengumpulan barangan kitar semula di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa 2, di sini petang tadi selepas ia terbakar sejak Ahad lalu. Operasi itu ditamatkan sepenuhnya pada pukul 5.04 petang selepas anggota bertugas melakukan pemeriksaan bermula pagi hingga tengah hari. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa Alam Nasut Ilias berkata, kawasan tersebut kini diserahkan semula kepada pemilik asal untuk membuat pemantauan. “Api sebenarnya telah padam pada hari kedua, cuma sisa asap masih ada. Jadi hari ini semuanya sudah selesai. “Sekiranya, kebakaran itu berlaku semula pemilik boleh membuat laporan terus kepada pihak kami (bomba),” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini. Media sebelum ini melaporkan, penduduk di Jalan Padang Tembak, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, di sini gempar selepas sebuah kilang barangan kitar semula musnah dalam kejadian kebakaran.-UTUSAN
JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menamatkan sepenuhnya operasi memadam api di tapak pengumpulan barangan kitar semula di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa 2, di sini petang tadi
|