DIBAIKI: Ricky ketika meninjau kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya yang mendap.
SANDAKAN: Mendapan jalan raya yang berlaku di Jalan Leila di sini baru-baru ini berjaya diatasi segera pihak berwajib.
Pemaju Mukim Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Karamunting, Ricky Voon berkata, aduan mengenai perkara itu dilakukan pada 29 Oktober lalu dan kerja-kerja pembaikan segera dilakukan pada hari berikutannya.
"UPPM Karamunting menghargai tindakan pantas pihak berwajib menyelesaikan masalah ini demi keselamatan para pengguna jalan raya," katanya.
SELESAI: Syed Putra menunjukkan jalan raya yang sebelum ini berlubang dan kini telah diatasi.
Sementara itu, Ricky dan Pemaju Mukim Syed Putra Ar-Rahim menghargai tindakan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang segera menyelesaikan masalah jalan berlubang di berhampiran pejabat pos Sandakan.
Syed Putra berkata, aduan diperolehi daripada peniaga dan pengunjung yang berurusan di pejabat pos dan medan selera.
"Masalah yang membahayakan pengguna jalan raya itu kini sudah diatasi," katanya.
|