CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3328|Reply: 0

[Sarawak] Masyarakat digalak ambil bahagian dalam program-program kemahiran

[Copy link]
Post time 4-11-2024 10:29 PM | Show all posts |Read mode


Chiew bersama peserta pada bengkel latihan di IKBN sebelum menyempurnakan majlis penyampaian sijil kepada mereka hari ini.

MIRI: Setiap masyarakat adalah digalakkan menyokong dan mengambil bahagian dalam program-program kemahiran dianjurkan institusi kemahiran dan latihan seiring dengan komitmen kerajaan memajukan modal insan di negara ini.

Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man menyeru masyarakat di sini supaya merebut peluang menyertai program pembelajaran sepanjang hayat ditawarkan di institusi kemahiran dan latihan seperti Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri dan institusi lain.

"Kerajaan komited memajukan pembangunan modal insan melalui pendidikan dan latihan dan saya yakin setiap individu berpotensi untuk berjaya jika mereka diberikan peluang tepat.

"Program ini adalah satu daripada banyak inisiatif diambil meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat di Miri," katanya berucap menyempurnakan program penyampaian sijil kepada peserta-peserta mengikuti program pembelajaran seumur hidup 'Skill for Life' di IKBN Miri hari ini.

Chiew menjelaskan, program itu bertujuan membekalkan kemahiran praktikal dan pengetahuan kepada peserta agar mereka lebih bersedia untuk menghadapi cabaran dalam pasaran pekerjaan yang semakin kompetitif.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sijil kepada seramai 60 peserta yang menamatkan program itu dengan jayanya.

Chiew turut melahirkan rasa bangga melihat komitmen dan usaha gigih peserta mempelajari kemahiran baharu yang sangat diperlukan dalam dunia masa kini.
"Program seperti ini bukan sahaja memberi manfaat kepada individu tetapi juga kepada masyarakat dan negara," jelasnya.

Beliau juga mengingatkan semua peserta bahawa penguasaan kemahiran adalah kunci untuk mencapai kejayaan.

“Dalam era digital dan globalisasi ini, kita perlu sentiasa beradaptasi dan mempertingkat kemahiran.

“Program 'Skill for Life' adalah satu langkah ke arah yang tepat memastikan kita tidak ketinggalan,” katanya.

Beliau juga berharap agar peserta akan menerapkan ilmu dan kemahiran yang diperolehi dalam kerjaya dan kehidupan seharian mereka.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.054717 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list