CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7634|Reply: 0

[Sarawak] UNIMAS satu-satunya universiti tersenarai dalam tiga kategori anugerah berprestij

[Copy link]
Post time 4-11-2024 10:32 PM | Show all posts |Read mode


Sekitar suasana Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-28 hari ini.-Gambar Roystein Emmor

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menempa nama sebagai satu-satunya universiti di Malaysia yang tersenarai di dalam tiga kategori Times Higher Education Awards Asia 2024.

Naib Canselornya Profesor Dr Ahmad Hata Rasit berkata kejayaan tersebut menjadi pengiktirafan kepada warga universiti serta negeri Sarawak dan Malaysia secara amnya.

"Kesungguhan UNIMAS dalam mendepani komuniti di negeri ini khususnya telah diiktiraf oleh Times Higher Education (THE), University Impact Ranking dalam memperjuangkan 17 agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

"Kejayaan UNIMAS terserlah apabila diletakkan di kedudukan universiti ke-301 di dunia Times Higher Education Impact Rankings 2024 berbanding kedudukan 401 sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-28 hari ini.

Tambahnya, empat kategori SDG turut menempatkan UNIMAS dalam kedudukan 100 Teratas Dunia iaitu SDG 17 'Partnership for The Goal' dalam kedudukan ke-18 dunia.

Selain itu, SDG 2 'Zero Hunger' dalam kedudukan 57 dunia, SDG 14 'Life Below Water' di kedudukan 61 dunia dan SDG 15 'Life on Land' di kedudukan ke-76 dunia.

Pencapaian dan pengiktirafan itu tambahnya, membuktikan UNIMAS mampu mencipta kejayaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, hubungan kerjasama dan kolaboratif peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sementara itu, beliau menegaskan Majlis Konvokesyen Ke-28 UNIMAS merekodkan 3,938 graduan yang akan diraikan.

Daripada jumlah tersebut seramai 3,321 orang adalah graduan prasiswazah dan 617 orang lagi merupakan graduan pascasiswazah.

Bagi sidang pertama majlis, seramai 617 graduan menerima ijazah iaitu seramai 124 graduan ijazah sarjana dan kedoktoran, 465 graduan ijazah sarjana muda dan 28 graduan diploma pascasiswazah.

Majlis hari pertama disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau buat julung kalinya telah merasmikan majlis tersebut sebagai canselor UNIMAS pada tahun ini.

Majlis konvokesyen kali ini turut menyaksikan penganugerahan gelaran Profesor Emeritus kepada Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, sebagai penghargaan atas sumbangan besar beliau dalam bidang akademik.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.056338 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list