View: 29679|Reply: 0
|
[Sarawak]
Perkhidmatan Bergerak Pusat Khidmat N73 Piasau pada 9 dan 10 Nov
[Copy link]
|
|
Ting (duduk tengah) bersama Leslie (kanan beliau) serta jawatankuasa penganjur yang lain.
MIRI: Prihatin terhadap kebajikan golongan warga emas, Pergerakan Pemuda dan Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Piasau tampil menganjurkan Perkhidmatan Bergerak Pusat Khidmat N73 Piasau pada 9 dan 10 November ini.
Program itu yang bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang akan diadakan bertempat di Stadium Tertutup Miri.
Menurut pengerusi penganjur Kaunselor Leslie Lau, objektif utama perkhidmatan bergerak itu diadakan adalah untuk memudahkan golongan warga emas memohon atau mendaftar "Kenyalang Gold Card (KGC) dan Faedah Kesihatan Warga Emas (SCHB).
"Bagi membolehkan warga emas membuat permohonan secara terus dan mendapat kelulusan segera, kami akan bekerjasama dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak yang akan turut serta pada hari tersebut nanti.
"KGC terbuka kepada semua warga emas berumur 60 tahun ke atas yang merupakan pemegang kad pengenalan “K” sebagai bukti status penduduk tetap Sarawak dan pemohon perlu membawa salinan fotostat kad pengenalan mereka (depan dan belakang) serta kad pengenalan penjaga (jika berkenaan)," katanya.
Manakala bagi mereka yang ingin mendaftar secara dalam talian, boleh melakukannya di pautan https://isarawakcare.sarawak.gov.my/apply-now/ dan mengambil kad mereka di lokasi program.
Dalam pada itu menurut Leslie, KGC turut memberikan kelayakan kepada pemegangnya untuk memohon SCHB yang menawarkan bantuan perubatan sehingga RM500 setahun di klinik-klinik terpilih.
Untuk maklumat lanjut, individu yang berminat boleh menghubungi Pusat Khidmat SUPP Piasau di talian 085-423399 atau menghubungi beliau sendiri selaku Ketua Pemuda SUPP Piasau di talian 019-8646363.
Kaunter perkhidmatan KGC akan diketuai oleh Kaunselor Kelvin Chia (019-8848666) dan untuk semakan status permohonan boleh menghubungi Chia Kah Furng di talian 016-8963170.
"Inisiatif ini diharap akan memberi manfaat yang signifikan kepada golongan warga emas selain memudahkan akses mereka kepada perkhidmatan kesihatan serta sokongan kebajikan," ujar beliau sambil memberitahu Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Pertunjukan Sarawak, Datuk Sebastian Ting merupakan penasihat bagi program ini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|