Tiga lokasi tersebut ialah Jalan Pedada, Jalan Rambai dan Jalan Pisang Emas
Anggota bomba melakukan pemantauan di lokasi berisiko banjir di Sarikei hari ini.
"Hasil pemantauan itu, pasukan bomba mendapati paras air naik dari tahap kebiasaannya namun keadaan masih terkawal dan tiada kejadian banjir dilaporkan berlaku terutama di kawasan rendah.”
Mahmudin Narudin
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei
Oleh Kepu Sidi
SARIKEI: Tiga lokasi berisiko banjir dipantau sepenuhnya oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei dalam persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin berkata tiga lokasi tersebut ialah Jalan Pedada, Jalan Rambai dan Jalan Pisang Emas.
"Hasil pemantauan itu, pasukan bomba mendapati paras air naik dari tahap kebiasaannya namun keadaan masih terkawal dan tiada kejadian banjir dilaporkan berlaku terutama di kawasan rendah.
"Pemantauan dilakukan tersebut dilakukan apabila berlaku pertembungan air pasang penuh dan hujan lebat turun," katanya di sini hari ini.
Berikutan pertembungan air pasang besar pada sepanjang minggu ini, Mahmudin mengingatkan penduduk terutama yang tinggal di kawasan rendah dan berisiko banjir agar berwaspada selalu.
Anggota bomba melakukan pemantauan di lokasi berisiko banjir di Sarikei hari ini.
"Simpan semua barangan penting di tempat tinggi dan selamat.
"Harus bersedia meninggalkan kediaman jika keadaan air banjir menunjukkan peningkatan.
"Ibu bapa juga perlu memantau keberadaan anak-anak mereka agar tidak bermain di lokasi banjir atau tempat yang boleh mendatangkan bahaya," jelasnya.
Seramai orang anggota bomba terlibat dalam operasi pemantauan di tiga lokasi tersebut.
https://www.utusanborneo.com.my/2024/11/03/tiga-lokasi-berisiko-banjir-di-sarikei-dipantau
|