Peserta Eksesais Latma Kekar Malindo yang terdiri daripada Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja dan Batalyon Infantri 645/Ghardatama Yudha merakam kenangan. -Gambar TDM
KUCHING: Eksesais Latma Kekar Malindo bagi siri 47AB/2024 di Markas Komando Brigif 19/KH, Singkawang, Indonesia diadakan bermula 2 November 2024.
Menurut kenyataan akhbar dikeluarkan Sel Risik Markas 3 Briged upacara pembukaan eksesais itu telah disempurnakan oleh Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia (3 Bgd) Brigedier Jeneral Mohd Sauffi Omar dan Komandan Briged Infantri 19/Khatulistiwa (Brigif 19/KH) Kolonel Arief Wicaksana.
Latihan bilateral antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Nasional-Angkatan Darat (TNI-AD) melibatkan pasukan Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja (14 RAMD) mewakili 3 Bbg dan Batalyon Infantri 645/Ghardatama Yudha (Yonif 645/GTY) mewakili Brigit 19/KH.
"Eksesais ini merupakan latihan tahunan di antara TDM dan TNI-AD bertujuan meningkatkan lagi kerjasama melalui perkongsian ilmu pengetahuan, doktrin serta taktik, teknik dan prosedur dalam operasi infantri.
Mohd Sauffi (kiri) dan Arief Wicaksana semasa merasmikan Eksesais Latma Kekar Malindo siri 47AB/2024, bertempat di Markas Komando Brigif 19/KH, Singkawang, Indonesia. -Gambar TDM
"Acara pembukaan dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan dan upacara pemakaian toha kepada peserta eksesais.
“Eksesais ini terbahagi kepada tiga fasa iaitu Latihan Silang (Cross Training Exercise) di Komando Didik Bela Negara (RINDAM) XII/TPR, Latihan Menembak Peringkat Seksyen di Lapang Sasar RINDAM XII/TPR dan fasa latihan medan FTX (CIW) di kawasan am Sanggau Kulor," kata kenyataan itu.
Pelaksanaan eksesais bilateral ini selaras dengan Teras Kelima Perintah Ulung PTD Ke-30 iaitu Anjakan Diplomasi Pertahanan yang mempertingkatkan usaha dalam aspek latihan bersama negara-negara sahabat.
|