CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38255|Reply: 0

[Sarawak] Jambatan Marudi dibuka sebelum Krismas tahun ini

[Copy link]
Post time 4-11-2024 11:18 PM | Show all posts |Read mode
Marudi dapat diakses dengan mudah, lonjak ekonominya apabila semakin mudah dikunjungi pelawat



Abang Johari menurunkan tanda tangannya bagi mengesahkan penerima sijil MBOR untuk Borneo of Taste 3.0 sambil disaksikan oleh Hii (lima kiri) dan tetamu lain.

“Jambatan itu telah siap dan kini kita semua boleh melawat keluarga dan rakan-rakan di Marudi dan Baram tanpa perlu menggunakan feri lagi.”

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
Premier Sarawak

Oleh Clare Cinderella

MIRI: Jambatan Marudi yang paling dinanti-nantikan oleh penduduk di pekan Marudi dan kawasan Baram akan dibuka kepada orang ramai sebelum sambutan perayaan Krismas tahun ini, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau memberitahu, apabila jambatan itu sudah boleh dilalui orang ramai maka pekan Marudi dapat diakses dengan mudah dari Miri sekali gus melonjakkan ekonomi di pekan kecil ini apabila ia semakin mudah dikunjungi pelawat dari luar.

“Jambatan itu telah siap dan kini kita semua boleh melawat keluarga dan rakan-rakan di Marudi dan Baram tanpa perlu menggunakan feri lagi.

“Malah, jambatan dibangunkan oleh Kerajaan Sarawak itu sendiri adalah bebas tol. Tak perlu bayar sesenpun," katanya.

Abang Johari mendedahkan perkara itu semasa berucap merasmikan Majlis Pelancaran Karnival Budaya Borneo sempena Taste of Borneo 3.0 di sini malam tadi.

Beliau berkata, jambatan itu adalah sebahagian daripada pelan induk kerajaan negeri untuk membangun dan mengubah landskap di Baram.

Selain jambatan tersebut, katanya kerajaan negeri juga sedang dalam projek membina dan membangunkan jalan dari Marudi ke Long Terawan yang dijangka siap menjelang 2030.

"Jalan ini di luar kawasan Tapak Warisan Dunia UNESCO (Taman Negara Mulu) akan menghubungkan Miri dan Marudi dengan Mulu dan seterusnya ke Limbang.

“Dari Limbang, jalan ini melalui (negara) Brunei dan kembali ke Miri bermakna ini satu pusingan merentas sempadan dan menghubungkan kita serta mengukuhkan hubungan dan perpaduan semasa kita di Borneo ini," jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya kerajaan merancang membina infrastruktur dan kemudahan lebih baik di Taman Negara Niah berikutan pengiktirafannya sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO kelima di negara ini dan kedua di Sarawak.

Beliau berkata, Miri bertuah kerana mempunyai kedua-dua Tapak Warisan Dunia UNESCO iaitu Taman Negara Mulu dan Taman Negara Niah.

"Kerajaan negeri akan membina infrastruktur supaya pelancong boleh datang ke sini dengan mudah (selesa).  

"Tidak lama lagi, Sarawak bakal memiliki syarikat penerbangannya sendiri dijangka akan ditubuhkan pada akhir tahun ini atau suku pertama 2025.

“Dengan itu, insya-Allah ekonomi Sarawak akan terus berkembang maju," katanya.

Hadir sama menteri Kabinet persekutuan dan negeri serta Konsulat Indonesia Raden Sigit Witjaksono, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii, pengasas Taste of Borneo yang juga ketua kordinator acara Datuk Hii King Chiong dan pengerusi penganjur Harry Lee.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.056072 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list