CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38461|Reply: 0

[Sarawak] Ketiga-tiga negara di Pulau Borneo saling bekerjasama, mempunyai hubungan baik

[Copy link]
Post time 4-11-2024 11:20 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari mengucapkan terima kasih kepada wakil suku kaum Melanau di atas pemberian 'topi' semasa lawatan ke gerai mereka di tapak karnival Taste of Borneo 3.0 di Miri malam semalam.

MIRI: Kekayaan budaya pelbagai kaum serumpun dimiliki penghuni Pulau Borneo membolehkan ketiga-tiga negara menduduki pulau ini saling bekerjasama dan mempunyai hubungan baik antara satu sama lain.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kepelbagaian budaya ini menjadi tiang untuk rakyat hidup bersama dan saling membantu serta bekerjasama.

"Satu perkara yang baik ialah kita di Pulau Borneo ini mempunyai budaya sangat kaya. Kita ada rakan dari Kalimantan, kita ada rakan dari (negeri) Sabah, kita ada rakan dari Brunei. Tetapi budaya di Borneo adalah satu budaya Borneo, oleh sebab itulah kita dapat bekerja bersama.

"Pada malam inipun kita dapat melihat. Tidak kira siapa kita, tidak kira apa latar belakang kita. Kita duduk bersama, kita ketawa bersama, kita menyaksikan persembahan juga bersama dan budaya inilah harus kita pertahankan," katanya semasa berucap merasmikan Karnival Budaya Borneo sempena Taste of Borneo 3.0 di sini malam semalam.

Hadir sama Konsulat Kalimantan, Indonesia Raden Sigit Witjaksono, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Abdullah Saidol, Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni, Pengasas Taste of Borneo yang juga ketua kordinator acara Datuk Hii King Chiong serta wakil dari kedua-dua agensi Lembaga Pelancongan Sabah dan Sarawak.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata dengan negara jiran, Indonesia kini rancak membangunkan (ibu negara baharu) Nusantara di Kalimantan maka Sarawak turut sama membantu dalam perkara ini dan membangun seiring dengan perkembangan tersebut.

"Indonesia membangunkan Nusantara dan kita adalah jiran, maka kita boleh sama-sama membantu rakan kita di Nusantara.

“Begitu juga Nusantara boleh membantu kita. Inilah pendekatan kita dan budaya yang sama ini sudah tentu menjadi platform untuk kita bergerak bersama menuju masa depan," katanya.

Justeru, bagi memastikan Sarawak bersedia ke arah itu dengan memiliki rakyat berpengetahuan tinggi maka kerajaan merancang memperkenal pendidikan secara percuma pada 2026 untuk semua anak-anak Sarawak yang memiliki kad pengenalan K.

"Asalkan IC (kad pengenalan) Sarawak, boleh belajar di universiti milik Sarawak secara percuma kerana ditanggung oleh Kerajaan Sarawak.

“Tidak kira latar belakang Cina, Melayu, Iban, Orang Ulu, Berawan, Kelabit asalkan dapat masuk universiti ditanggung oleh Kerajaan Sarawak.

"Jika anda bertanya kenapa? Jawapannya, kita ingin anak-anak Sarawak pintar dan bijak supaya anak-anak Sarawak boleh menggunakan ilmu mereka untuk membangunkan negeri Sarawak," jelasnya.

Pada majlis Karnival Budaya Borneo ini, Taste Of Borneo 3.0 menerima dua sijil Malaysia Book of Records (MBOR) disampaikan oleh kedua-dua pegawainya dan ditandatangani Abang Johari sambil disaksikan oleh kira-kira 10,000 tetamu.

Kedua-dua MBOR dicipta itu ialah untuk 'Ucap Selamat Dalam Bahasa Etnik Paling Banyak di Jambatan Perpaduan' dan 'Kraf Tangan Etnik Paling Banyak Dipamerkan'.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.957955 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list