CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41275|Reply: 0

[Sarawak] MOTAC dengan kerjasama MTCP anjur Festival Gendang Sarawak 2024

[Copy link]
Post time 4-11-2024 11:26 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING:Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sarawak dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) telah menganjurkan Festival Gendang Sarawak 2024 (FGS 2024) di Tebingan Kuching di sini.

Program tersebut menurut kenyataan JKKN dilaksanakan selama tiga hari bermula 1 hingga 3 November 2024 sempena Sarawak Regatta Kuching Waterfront Festival 2024.

Perasmian Festival Gendang Sarawak disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi pada 1 November lalu.

Turut hadir adalah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Dato Shaharuddin Abu Sohot.

"Penganjuran FGS bagi kali ke-11 merupakan program yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat Sarawak saban tahun dan menjadi ‘signature programme’, tambah kenyataan tersebut.

Ia jelasnya merupakan usaha kerajaan persekutuan bersama Kerajaan Sarawak dalam mengangkat kesenian tradisi bergendang sekali gus menjayakan misi ke arah Tahun Melawat Malaysia 2026.

Selain itu, ia juga bertujuan menyemarakkan program pelancongan budaya terutama di Sarawak supaya terus dilestarikan dan dapat dinikmati oleh semua lapisan generasi.

Antara pengisian menarik sepanjang program dilaksanakan ialah Pertandingan Gendang Melayu Sarawak bagi Kategori Kumpulan Bergendang Secara Berkumpulan dan Kategori Bertandak Kanak-kanak Lelaki Secara Berpasangan, Konsert Malam Gala Simfoni FGS 2024, Pertandingan Bakat Kenyalang FGS 2024, persembahan kebudayaan, pameran dan demonstrasi, jualan kraf tangan dan makanan warisan dan pelbagai lagi.

Pertandingan Gendang Melayu Sarawak 2024 bagi Kategori Kumpulan Bergendang Secara Berkumpulan melibatkan tujuh kumpulan bergendang iaitu enam kumpulan mewakili zon dan bahagian di Sarawak dan satu kumpulan antarabangsa iaitu Brunei Darussalam untuk merebut juara Gendang Melayu Sarawak 2024.

Manakala bagi Kategori Bertandak Kanak-kanak Lelaki Secara Berpasangan melibatkan tujuh kumpulan setelah masing-masing melalui proses saringan oleh juri profesional yang pakar dalam bidang gendang Melayu.

Pada masa yang sama, Konsert Malam Gala Simfoni FGS 2024 yang dilaksanakan pada hari kedua festival, menampilkan nama-nama besar dalam industri seni seperti Dato Jamal Abdillah, Belle Sisoski dan Tokoh Warisan Orang Hidup Pemain Sape Matthew Ngau Jau.

Penganjuran festival tersebut diharap dapat menarik pelancong domestik dan antarabangsa ke Sarawak, sekali gus menyokong kepada hasil pendapatan industri pelancongan serta ekonomi negeri.

"Program ini juga dapat dijadikan sebagai ruang kepada semua penggiat seni Sarawak untuk bekerjasama dengan organisasi lain demi perkembangan seni dan budaya di Sarawak secara keseluruhan," katanya.

Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari media sosial JKKN melalui pautan
www.facebook.com/mysenibudaya dan laman web JKKN.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.047577 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list