CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45209|Reply: 0

[Sarawak] Wanita hilang di Thailand, keluarga terima tuntutan RM10,000 untuk pembebasan

[Copy link]
Post time 5-11-2024 12:21 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Keluarga kepada seorang wanita tempatan, Vanessa Wong, 26, berada dalam kebimbangan selepas menerima tuntutan wang tebusan RM10,000 daripada individu tidak dikenali untuk membebaskannya yang kini dipercayai berada di Thailand.

Abang kepada Vanessa yang mahu dikenali sebagai Wong membuat laporan polis pada 19 Mei lalu akan kehilangan adiknya itu setelah adiknya tidak pulang ke rumah tiga hari sebelumnya, selain gagal dihubungi.

Menurut Wong, beliau dimaklumkan oleh rakan sekerja Vanessa yang memberitahu adiknya itu tidak hadir bekerja selama seminggu selain turut menghantar video keberadaannya di lapangan terbang untuk berlepas ke Thailand.

Khuatir akan keselamatan dan keberadaan adiknya, Wong turut memuat naik hantaran di Facebook meminta bantuan orang ramai mengesan keberadaan adiknya itu.

Dua minggu kemudian, beliau dihubungi individu tidak dikenali, meminta wang tebusan RM10,000 untuk membebaskan adiknya.

“Kami minta bercakap dengan adik kami terlebih dahulu tetapi tidak dibenarkan.

“Kalau tak bayar duit, dia akan menjual adik kami ke Kemboja. Sejak itu, dia tidak lagi menghubungi kami,” katanya pada sidang media yang diadakan oleh Ketua Biro Pengaduan Awam Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Milton Foo di pejabatnya, hari ini.

Beliau turut memberitahu individu terbabit turut mendakwa kini memegang pasport adiknya.

Wong yang khuatir dan dalam kebuntuan meminta bantuan Milton pada Sabtu lalu untuk mengesan adiknya itu.

Milton menasihati Wong membuat laporan kepada Kementerian Luar Negeri, Pejabat Wilayah Sarawak untuk memaklumkan kehilangan Vanessa di Thailand.

“Bagi kementerian, mereka mempunyai rekod (kemasukan) dan memberitahu kedutaan kita di Thailand atau jiran terdekat seperti Vietnam, Kemboja menyemak sama ada wanita ini ada masuk ke negara mereka.

“Saya juga berusaha menghubungi Jabatan Imigresen Malaysia semalam untuk menyemak keberadaannya yang telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya sambil menambah beliau sedang menunggu laporan daripada jabatan itu.

Milton turut memberitahu, beliau juga membuat semakan kepada syarikat penerbangan sama ada benar Vanessa berlepas ke Bangkok, Thailand.

“Sekurangnya dengan maklumat itu, kita dapat semak dengan syarikat penerbangan sama ada ada rekod menaiki pesawat berlepas dari Kuala Lumpur ke Bangkok,” ujarnya.

Milton berkata, sepanjang lima bulan yang telah berlalu tidak menolak kemungkinan Vanessa mungkin berada di negara lain ketika ini yang menyukar mengesan keberadaan adik Wong.

Malah katanya, beliau juga menunggu perkembangan siasatan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman menyiasat perkara ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.072684 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list