CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2954|Reply: 0

[Sarawak] Enam kes buang bayi di Sarawak Jan-Okt

[Copy link]
Post time 6-11-2024 11:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 6-11-2024 03:47 PM

Berdasarkan statistik Unit D11 IPK Sarawak, 44 kes buang bayi atau janin direkod antara Januari 2017-Disember 2023




KUCHING: Enam kes buang bayi telah direkodkan di Sarawak bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata enam kes itu termasuk satu kes bayi yang diselamatkan melalui 'baby hatch' di Borneo Medical Centre (BMC) Kuching Mac lalu.

Beliau berkata berdasarkan statistik dikeluarkan Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (Unit D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, sebanyak 44 kes pembuangan bayi atau janin direkodkan dalam tempoh enam tahun (Januari 2017 hingga Disember 2023).

Menurutnya masalah pembuangan bayi berkait rapat dengan pelbagai isu seksual remaja seperti kehamilan remaja, pornografi, debut seksual awal (mengalami pertemuan seksual pertama pada usia muda), rogol bawah umur, mangsa sumbang mahram, peningkatan tingkah laku dan aktiviti seksual berisiko.

"Hubungan seks yang tidak selamat dan tidak dilindungi, membawa kepada kehamilan yang tidak dirancang dalam kalangan remaja akibat kekurangan pendidikan dan kesedaran seksual serta penglibatan dalam tingkah laku seksual berisiko yang berkait rapat dengan penggunaan dan penyalahgunaan dadah serta bahan terlarang juga menyumbang kepada masalah pembuangan bayi.

"Bahkan stigma kepada kehamilan luar nikah dan sokongan emosi yang lemah daripada ahli keluarga boleh menyebabkan ibu remaja membuang bayi atau meninggalkan bayi baharu lahir mereka kerana rasa malu, takut dan kekeliruan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu sebagai mengulas kes buang bayi terbaharu di Jalan Tong Sang, Sibu iaitu pada 29 Oktober 2024.

Menurutnya kes itu adalah kehamilan remaja berpunca daripada jenayah seksual 'grooming'.

Pada 30 Oktober 2024, Mahkamah Majistret Sibu menahan reman selama enam hari seorang lelaki berusia 44 tahun bagi membantu siasatan.

Remaja perempuan, 14 tahun, ibu kepada bayi malang itu turut ditahan bersama lelaki berkenaan yang merupakan suspek kes berkenaan.

Menurut Fatimah bayi lelaki dilahirkan pramatang, 41 minggu dengan berat badan 1.43kg serta dilaporkan dalam keadaan stabil.

"Pegawai Pejabat Kebajian Masyarakat Sibu akan mengadakan lawatan ke sekolah tempat remaja ini bersekolah iaitu SMK Methodist, Sibu bagi mendapatkan Laporan Persekolahan Kanak-Kanak.

"Mereka juga akan mengadakan lawatan ke rumah remaja ini untuk siasatan lanjut.

“Pada masa sama akan mendapatkan calon keluarga pelihara/orang yang layak dan sesuai memandangkan bapa remaja ini (datuk bayi) tidak sanggup memelihara bayi," jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Fatimah berkata kementeriannya akan meneruskan program libat urus dengan hospital-hospital swasta di Sarawak dan pertubuhan bukan kerajaan bagi menggalakkan lebih banyak projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi mewujudkan 'baby hatch' di negeri ini.

Menjelas lanjut beliau berkata fasiliti ‘baby hatch’ adalah satu intervensi terakhir yang diguna pakai oleh banyak negara dan hospital untuk mengurangkan kes pembuangan bayi dengan menyediakan pilihan selamat kepada ibu untuk meninggalkan bayi mereka yang baru dilahirkan.

"Penyediaan fasiliti ini atau seumpamanya bukanlah bertujuan menggalakkan lagi kes kehamilan luar nikah tetapi sebaliknya.

“Ia memberikan perlindungan atau penjagaan kepada bayi dan menyelamatkan bayi daripada dibuang di tempat tidak sepatutnya," ujar beliau.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 1.413855 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list