View: 31209|Reply: 16
|
‘Penganjur konsert janji bulan bintang, kaki kencing sampai sekarang’ - Tomok
[Copy link]
|
|
Jangan membuka peluang diperdaya, penyanyi Tomok menasihatkan artis yang ingin mengadakan konsert agar meneliti latar belakang penganjur sebelum menandatangani kontrak.
Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 40, berkata, sikap berhati-hati mampu mengelakkan risiko penganiayaan terutama membabitkan penyanyi baharu.
“Saya tidak menafikan insiden ditipu penganjur memang biasa berlaku, malah ada dalam kalangan penganjur suka menyakinkan penyanyi baru untuk mengadakan konsert.
“Sebenarnya saya rasa tak ramai artis baharu yang bersedia membuat konsert, penganjur seakan-akan memberikan harapan bulan bintang namun apabila ada perkara kurang enak berlaku, impaknya terpalit kepada artis itu sendiri.
“Jadi sebagai artis kita kena ambil tahu latar belakang dan pengalaman syarikat terbabit untuk melancarkan urusan di kemudian hari,” katanya selepas sidang media konsert Tomok dan Siti Nordiana Memori Mungkin Berulang.
Kata vokalis kumpulan New Boyz itu lagi, dia juga pernah berhadapan dengan situasi ditipu penganjur sepanjang 25 tahun berada dalam industri.
“Kalau ikutkan memang banyak kes penipuan seperti ini berlaku yang membabitkan pihak suka mengambil kesempatan. Senario ini wujud dari dulu sampai sekarang.
“Kaki kencing memang ada di mana-mana sampai sekarang. Yang ajak kita buat persembahan dan berjanji akan bayar kemudian tetapi kemudian hilang begitu sahaja.
“Kita jangan bagi orang seperti ini mengawal segala hal berkaitan konsert. Busuk nanti nama artis bukan penganjur. Proses perbincangan itu penting, jangan asal boleh sahaja,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Tomok teruja untuk mengadakan konsert pertama bersama Siti Nordiana selepas lebih dua dekad dalam industri seni.
Menurutnya, persembahan mega anjuran syarikatnya sendiri Popsicle Records merupakan kolaborasi istimewa yang juga hadiah atas kesetiaan peminat.
“Kami teruja untuk berkongsi pentas yang bukan sahaja menyajikan lagu duet dan solo kami yang hits sejak dulu, bahkan seleksi popular Siti Nordiana bersama Allahyarham Achik sekali gus mengimbas memori,” katanya.
Konsert Tomok dan Siti Nordiana Memori Mungkin Berulang dijadualkan berlangsung pada 1 Februari 2025 bertempat di Zepp Kuala Lumpur.
Tiket menyaksikan konsert dijual pada harga RM98 sehingga RM498, selain VIP Box RM5,000 boleh ditempah di www.Ticket2u.com.my.
SUMBER: – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Dia mengulas kes Aisha Retno ke? |
|
|
|
|
|
|
|
hello... sedangkan siti nurhaliza on tour tahun 2019 dekat jakarta pun hampir cancel yer.. masalah logistik ke apatah... dan2 siti sendiri turun meeting jumpa f2f dgn organizer yaaaa.... tak berani organizer cancel yach...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ayat tajuk ku pikir Tomok yang kene kencing dengan org yang sama sampai sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu ramai retis tak berani buat konsert kan, takut dek dapat penganjur gitu |
|
|
|
|
|
|
|
artis baru pun jangan berangan tinggi sangat, k. bijak sikit. ukur baju di badan sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
laris tiket konsert tomok + nana 1.2.25 thn dpn
yg box rm5k dpd 8 box (8pax/box), tgl 2 je
tomok dgn nana jgk akn bertanding dlm sfmm mlm ni ke mlm esk kan
w/pun lagu tu haussss
tp gudluck lah hiburkan fans korang
|
|
|
|
|
|
|
|
aku baca sekali hembus pulak ingat dia kena kencing dgn konsert butik bulan bintang.
|
|
|
|
|
|
|
|
jangan cakap konsert lagha biasa.....konsert amal , konsert artis2 nasyid, kerohanian, organizer badan amal lagi paling kuat kapur crew2 konsert, masa request crew & peralatan konsert kemain mintak diskaun kaw kaw, dah bagi harga kurang, pun kena tipu jugak... hahahahahaha berbulan tak bayar sampai hujung2 kena freeze akaun sebab sabit kes menipu tabung amal (negara perang timur tengah)... sampai ke sudah tak dapat payment.... memang sundal ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
tuan punya nama tered ni mengulas isu eceh retno ke
kahkahkah... pekung sudah dibuka... retno yang play victim |
|
|
|
|
|
|
|
Kdg2 kena sedar dr retis senduu… ko masuk je lah ptndingan nynyian smpai ajm…. Tp suara ttp haukkkk. Sbbtu tiket x laku |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 23-11-2024 01:44 PM
tuan punya nama tered ni mengulas isu eceh retno ke
Baru tgk kat tiktok dia kata xnak drama bincang secara tertutup.. public x perlu tahu, tp bkn dia ke yg bg statement dlu? |
|
|
|
|
|
|
|
Tomok ni bagus. Bini dia pun xsibuk nak glamer. Nak sibuk acah2 dpt suami terpaling mcm minik halepsatarikankeropoklekor sampai macam insecure je |
|
|
|
|
|
|
|
Tomok ni muka babyface hahah |
|
|
|
|
|
|
|
Aku x bole dgr suara dia ni. Terlampao opses nk tunjik diri tu pandai nyanyi smpai setiap perkataan dia nyanyi ade gegar. Penat nk dgrrr. Suara kau x best. Titik. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik la masih nyanyi lagi, ok ja ramai peminat, cuma struggle juga dunia nyanyian |
|
|
|
|
|
|
| |
|