CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9918|Reply: 0

[Sarawak] Tabung Darah Hospital Miri seru lebih ramai tampil menderma darah

[Copy link]
Post time 21-11-2024 11:48 AM | Show all posts |Read mode


Ruangan parkir khas disediakan untuk para penderma di hadapan bangunan Tabung Darah Hospital Miri.

MIRI: Tabung Darah Hospital Miri menyeru lebih ramai penduduk di bandar raya ini tampil menderma darah bagi membantu mereka mendapatkan bekalan darah yang sentiasa mencukupi untuk keperluan para pesakit.
   
Menurut jurucakapnya, Hospital Miri menyasarkan 12,000 penderma setiap tahun untuk memastikan bekalan darah yang selamat dan mencukupi bagi kegunaan para pesakit pada bila-bila masa.
   
Justeru katanya, bagi orang ramai yang ingin menderma darah, mereka boleh datang  ke Tabung Darah Hospital Miri atau menyertai mana-mana program derma darah yang di anjurkan oleh pihak mereka.
   
Manakala waktu operasi Tabung Darah adalah dari jam 8 pagi hingga 12.15 tengah hari dan dari jam 2 petang hingga 4.15 petang pada hari Isnin hingga Khamis dan jam 8 pagi hingga 11.15 pagi dan jam 2.15 petang hingga 4.15 petang pada Jumaat.
   
"Sebagai memberi keselesaan kepada para penderma, Unit Perubatan Transfusi dan Tabung Darah Hospital Miri turut menyediakan pelbagai kemudahan seperti enam petak parkir khas untuk penderma di hadapan bangunan mereka, ruang menunggu yang selesa dan pemeriksaan kesihatan secara percuma.
   
"Pemeriksaan ini meliputi tahap hemoglobin, kumpulan darah dan tekanan darah, sekaligus membantu penderma memantau kesihatan mereka," katanya.


Ruang untuk menderma darah yang selesa turut disediakan untuk para penderma.  

Menurut beliau, kriteria penderma darah adalah berumur di antara 17 hingga 60 tahun untuk penderma kali pertama, manakala bagi penderma tetap sehingga 70 tahun.
   
"Penderma juga perlu mempunyai berat badan 45 kilogram dan ke atas serta sihat tubuh badan, manaka mereka yang berumur 17 tahun perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga.
   
"Bagi penderma wanita pula, mereka tidak boleh menderma jika sedang hamil, datang haid atau menyusukan anak," ujar beliau lanjut.
   
Menurut beliau lagi, pendermaan darah bukan hanya menyelamatkan nyawa, tetapi juga memberi manfaat kesihatan seperti mengurangkan risiko serangan jantung.
   
Katanya, antara pesakit yang memerlukan darah termasuk mangsa kemalangan, ibu bersalin yang mengalami komplikasi, pesakit kanser dan pesakit talasemia.
   
"Oleh itu, kehadiran orang ramai khususnya warga Miri amatlah kami hargai dalam membantu Tabung Darah Hospital Miri. Teruskan menderma darah secara berkala setiap 3 bulan bagi memastikan bekalan darah yang sentiasa mencukupi.
   
"Kepada para penderma darah yang telah menderma, terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan kerana tanpa sokongan anda, bekalan darah yang sedia ada tidak dapat menampung keperluan yang semakin meningkat setiap tahun.," ujarnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.050624 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list