CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42224|Reply: 0

[Sarawak] Penyakit kencing manis jejas produktiviti kerja

[Copy link]
Post time 25-11-2024 05:11 PM | Show all posts |Read mode


(Dari kiri) Alan, Albert, Lukanisman, Lee dan Rogina bersedia menekan butang menyalakan lampu cahaya biru di sisi luar bangunan Hotel Pullman tanda simbolik perasmian di Miri malam semalam.

MIRI: Penyakit kencing manis memberi kesan terhadap produktiviti di tempat kerja kerana kekerapan pekerja mengambil cuti sakit.

Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni berkata sekiranya berterusan ia memberi kesan terhadap kuasa tenaga kerja dan pembangunan ekonomi negara.

Menurut beliau, kerajaan berbelanja sejumlah RM3.3 bilion untuk kos rawatan dan pencegahan penyakit itu.

"Ia memberi kesan kepada ekonomi dengan anggaran kasar sejumlah RM30 hingga RM60 bilion.

“Jika ada pesakit kencing manis dalam kalangan tenaga kerja kita, ramai ambil surat cuti sakit dan banyak masalah dalam tenaga kerja.

“Ini memberi kesan terhadap produktiviti dan ekonomi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Ekspo Kesedaran dan Kesejahteraan Hari Diabetes Sedunia di sini malam semalam.

Ahli Parlimen Sibuti itu berkata, kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melancarkan perang ke atas gula untuk mengurangkan penyakit kencing manis dalam kalangan rakyat.

Sehubungan itu, Lukanisman menggalakkan penyertaan sektor swasta dan korporat bekerjasama dengan kerajaan menganjurkan aktiviti dan kempen pencegahan.

Menurutnya, penyakit kencing manis merupakan krisis yang semakin meningkat secara senyap dan menjejaskan individu, keluarga dan masyarakat keseluruhan.

Lukanisman memberitahu, seorang daripada lima rakyat negara ini berusia lebih 18 tahun menghidap penyakit kencing manis.

Dalam pada itu, ekspo dua hari bermula kelmarin (Sabtu) dianjurkan oleh Hotel Pullman dengan kerjasama Speed Fitness Studio.

Menerusi ekspo ini, pengunjung boleh mengunjungi reruai kesihatan yang mempamerkan aktiviti dan peralatan kesihatan, nutrisi serta penyelesaian kesihatan.

Turut berucap Pengurus Besar Pullman Miri Waterfront Alan Tham dan Pengarah Kumpulan Eksekutif Kumpulan Interhill Albert Hu.

Tetamu kehormat kemudian bersama menyalakan lampu berwarna biru di sisi luar bangunan hotel tersebut.

Warna biru menandakan perpaduan global dalam kesedaran diabetes sempena Hari Diabetes Sedunia.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Pengarah Eksekutif Kumpulan Interhill Rogina Hu, Presiden Persatuan Diabetes Malaysia Dato Profesor Dr Ikram Shah Ismail, Naib Presiden Jong Koi Chong, Pengerusi Persatuan Diabetes Miri Ting Chiew Moi dan Pengarah Urusan Speed Fitness Studio Kok Yung Kai.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.084645 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list