CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18170|Reply: 0

[Sarawak] SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso

[Copy link]
Post time 26-11-2024 03:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 26-11-2024 07:58 AM



Bangkai ikan paus yang hampir hancur dan mereput ditemui tersangkut berhampiran Jambatan Triso, awal pagi Jumaat. - Gambar Facebook SFC

KUCHING: Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso awal pagi Jumaat.

SFC menerusi catatan Facebook pada Jumaat berkata, ia susulan usaha pencarian dimulakan selepas video tular menarik perhatian umum.

“Penilaian awal mendedahkan bangkai itu berada dalam keadaan hampir hancur dan mereput.

“Pada masa ini, ia tersangkut pada bar dan hanya boleh diambil semasa air pasang,” kata SFC.

Menurutnya, ikan paus itu kemungkinan daripada spesies ‘Baleen’ dewasa yang berukuran kira-kira 10 meter panjang, dengan ekor sekitar 2.8 meter panjang.


Bangkai ikan paus yang hampir hancur dan mereput ditemui tersangkut berhampiran Jambatan Triso, awal pagi Jumaat. - Gambar Facebook SFC


“Pasukan Veterinar dan Forensik SFC, dengan kerjasama Jabatan Muzium, akan mengumpul tulang untuk analisis lanjut,” kata SFC.

Sebelum ini, tular video di media sosial yang mendakwa menunjukkan bangkai ikan paus berhampiran Pulau Seduku pada 19 November 2024.

Susulan itu, SFC telah melaksanakan usaha mencari secara meluas, namun tiada bangkai ditemui di kawasan yang dilaporkan.

Kejadian pertama kali dilaporkan oleh nelayan tempatan dari Sebuyau yang terlihat ikan paus itu berhampiran Jambatan Triso-Sebuyau pada kira-kira jam 10 pagi ketika air surut.

Nelayan segera berkongsi video itu dengan Pegawai Daerah Lingga.

Bertindak atas maklumat berkenaan, SFC mengerahkan pasukan pemantau pada jam 7 pagi untuk memeriksa kawasan itu dari Bakong hingga Tanjung Bijat.

Bagaimanapun, ketika itu ikan bangkai paus terbabit telah hanyut lebih jauh ke laut, menjadikannya mustahil untuk dikesan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.721700 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list