CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33981|Reply: 0

[Sarawak] Terjerat pelaburan tidak sah, pegawai pasar raya rugi lebih setengah juta

[Copy link]
Post time 26-11-2024 04:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 26-11-2024 08:13 AM



Gambar fail

SIBU: Seorang pegawai kanan pasar raya tempatan berusia 50-an kerugian RM549,000 selepas terjerat dalam skim pelaburan tidak sah yang dipromosikan melalui Facebook.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili (gambar) berkata, mangsa tertarik dengan iklan pelaburan di pelantar media sosial itu sebelum dihubungi individu yang memperkenalkan diri sebagai 'Chole SDR' melalui aplikasi WhatsApp.

“Suspek mempromosikan skim pelaburan dengan janji keuntungan lumayan dan menambah mangsa ke dalam kumpulan WhatsApp bernama ‘SPDR-AIA Super Plan’ untuk meningkatkan keyakinan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek meminta mangsa memuat turun aplikasi AE Online untuk berkongsi butiran peribadi dan membuat pembayaran bagi memulakan pelaburan.

Sepanjang tempoh 30 Oktober hingga 14 November 2024, mangsa membuat 12 transaksi berjumlah RM549,000 ke dalam tiga akaun bank tempatan berbeza yang diarahkan suspek.

Katanya, selepas pembayaran selesai mangsa cuba mengeluarkan wang pelaburan seperti dijanjikan, namun suspek meminta bayaran tambahan sebanyak RM981,540 sebagai syarat pengeluaran wang tersebut.

“Mangsa mula berasa curiga sebelum menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan dan terus membuat laporan polis,” katanya.
Zulkipli berkata, kes itu sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi tanpa risiko.

“Lakukan semakan dengan Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi memastikan kesahihan pelaburan,” ujarnya.

Tambahnya, semakan ke atas akaun bank dan nombor telefon mencurigakan boleh dilakukan melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/.

Orang ramai juga disarankan mendapatkan bantuan daripada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 untuk sebarang pertanyaan atau laporan berkaitan penipuan.

Polis menyeru masyarakat agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan janji manis pelabur tidak bertanggungjawab yang kerap memanfaatkan platform digital untuk memperdaya mangsa.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.071440 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list