CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36808|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak tuan rumah WCDH Ke-15 pada 29 Sept-2 Okt 2026

[Copy link]
Post time 26-11-2024 04:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 26-11-2024 08:23 AM



Dr Sim berucap pada sidang media di BCCK hari ini. – Gambar Chimon Upon

KUCHING: Sarawak bakal menjadi tuan rumah Kongres Dunia dan Pameran Reka Bentuk dan Kesihatan (WCDH) Ke-15 yang akan diadakan pada 29 September hingga 2 Oktober 2026.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, kongres itu dianjurkan bersama oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Akademi Reka Bentuk dan Kesihatan Antarabangsa.

Menurutnya, acara itu akan menghimpunkan pakar global untuk berkongsi pandangan tentang reka bentuk bandar berfokuskan kesihatan, sejajar dengan cita-cita Sarawak yang menetapkan penanda aras antarabangsa dalam kehidupan sihat dan mampan.

Dr Sim menekankan acara itu sebagai yang pertama di Borneo, sambil menegaskan kepentingannya dalam pembinaan negara.

Sehubungan itu, beliau berharap agar kongres itu dapat mendorong Sarawak untuk mencapai piawaian antarabangsa dalam pembangunan bandar.

"Baru-baru ini, kita telah berusaha untuk meningkatkan bandar dengan menyelaraskan piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh organisasi seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

"Sarawak telahpun diiktiraf sebagai Bandar Sihat oleh WHO, tetapi kita berhasrat untuk pergi lebih jauh dengan menjadi model bagi inisiatif mesra kanak-kanak dan mesra umur berdasarkan penanda aras global.

"Matlamat kita bukan sahaja untuk menjadi yang terbaik di Borneo tetapi juga untuk cemerlang di pentas global," katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Dr Sim percaya kerjasama dengan organisasi antarabangsa akan membolehkan Sarawak memanfaatkan kepakaran, sumber dan dasar yang dibangunkan dengan baik.

"Pendekatan ini membolehkan kita mempercepatkan kemajuan dan mencapai hasil yang bermakna dengan lebih cekap," tambahnya.

Tema untuk WCDH Ke-15 ialah 'Shaping Future Health Society: Designing for Healthy Lifestyle Behaviour, Equity and Sustainability,' selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak 2030 (PCDS 2030) dan usahanya di bawah inisiatif WHO Healthy City untuk memupuk persekitaran bandar yang mampan dan memacu pembangunan ekonomi.

Acara itu juga dijangka akan meningkatkan kerjasama antara disiplin merentas seni bina, penjagaan kesihatan, psikologi dan reka bentuk untuk mempromosikan penyelesaian kesihatan yang berpusatkan manusia dan mampan.


Dr Sim (tujuh kiri) bersama tetamu kehormat lain mengangkat kad pada sidang media di BCCK, hari ini. Turut kelihatan (dari lapan kiri) ialah Wee, Prof Fitri, Minos, Tan dan Roziman. – Gambar Chimon Upon

Dengan sasaran lebih 1,000 peserta dan separuh daripadanya dijangka datang dari luar negara, kongres itu bertujuan untuk memupuk pertukaran idea dan pengalaman yang akan memberi manfaat kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Hadir sama pada sidang media hari ini ialah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng, Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) Dato Peter Minos, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan Tan Kai, Ketua Pegawai Eksekutif Business Events Sarawak Amelia Roziman dan Pengasas Akademi Reka Bentuk dan Kesihatan Antarabangsa Prof Alan Dilani.

Juga hadir, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UNIMAS Prof Fitri Suraya, Pengerusi Kongres WCDH 2026 dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS Dr Rosalia Saimon serta Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS Prof Dr Asri Said.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.053128 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list