|
Sebelum ini, pelakon dan usahawan, c memaklumkan dia bercadang untuk menunaikan ibadah umrah pada Disember depan serta berharap Tuhan menerima amal ibadahnya.
Memetik mStar Online, Zoey memberitahu dia bakal terbang ke Tanah Suci pada hari ini serta mahu berdoa agar dia cepat bertemu jodoh.
“Doakan saya semoga dapat umrah yang mabrur. Permintaan saya semoga cepat dapat jodoh, semoga Allah ampunkan dosa saya, keluarga dan juga pengikut saya,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai dia dilihat sering menayang badan di media sosial, Zoey berkata dia tiada niat untuk menarik perhatian orang ramai.
Kata Zoey lagi, perkongsiannya itu adalah bagi memenuhi komitmen yang sudah dipersetujui dengan sebuah pusat kecergasan gimnasium.
“Saya sebenarnya ada komitmen (dengan gim tersebut). Jadi saya kena bersenam dan terpaksa buat ‘content’ sebab sudah ada persetujuan.
“Biasalah, ada orang yang boleh terima dan ada yang tidak. Saya tidak berniat nak umpan orang dengan cara jual diri, siapalah saya ini. Hanya orang biasa,” katanya.
Dalam pada itu, Zoey berkata susulan perkongsiannya itu banyak komen nakal diterima serta amai yang cuba mendekatinya termasuklah golongan yang berstatus datuk dan nenek.
“Banyak yang komen nakal… Bukan lelaki dan perempuan sahaja, malah remaja, yang dah berusia macam datuk dan nenek pun ada,” katanya.
Sumber : mStar Online,Rotikaya |
|