CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21309|Reply: 125

Suami Tidak Mengaku Cederakan Zahnita Wilson, Tiada Pengakuan Direkodkan Kes Penggunaan Dadah

[Copy link]
Post time 6-12-2024 09:07 AM | Show all posts |Read mode





Suami kepada bekas model dan pelakon, Zahnita Wilson yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kuantan hari ini mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan.


Tertuduh, Abd Zackery Ghouse Abd Gafoor, 46, didakwa mendatangkan kecederaan terhadap isterinya dan menggunakan dadah.


Mengikut pertuduhan, bapa kepada empat anak itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, Zahnita atau nama sebenar Zahnita Dorothy Hussien Wilson di sebuah rumah di Lorong Indera Mahkota, di sini, jam 8.20 pagi pada 7 Mei lalu.


Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama, yang memperuntukkan penjara selama tempoh sehingga setahun atau denda yang boleh sampai RM2,000 atau dengan kedua-duanya.


Timbalan Pendakwa Raya, B Deevagaran Naidu menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin namun peguam yang mewakili tertuduh, Muhammad Amirull Afiqq Mohamad Lokman memohon jaminan dikurangkan atas alasan menanggung empat anak dan ibunya yang sudah tua.


Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 7 Januari tahun hadapan.


Sementara itu, di Mahkamah Majistret berasingan, tiada pengakuan direkodkan oleh tertuduh berkaitan penggunaan dadah.


Dia didakwa menggunakan dadah berbahaya iaitu 11-nor-delta-9-Tetrahydronnabinol-9-Carboxylic Acid di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, jam 5.45 petang, pada 2 Disember lalu.


Abd Zackery Ghouse didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama dan dibaca Bersama seksyen 38B akta yang sama.


Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan diwajibkan pengawasan tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun.


Mahkamah menetapkan jaminan RM2,600 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 7 Februari depan.


Sumber – Sinar Harian, Beautifulnara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2024 09:15 AM | Show all posts
harap zahnita ada mohon perintah mahkamah utk tidak diganggu oleh suami dia... risau pulak lepas 3 hari reman dia kena debik semula
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 09:57 AM | Show all posts
dalam melodi dmlm dia ada cakap, dia takut jg lps 3 hari nanti. Dia serahkan semua pd tuhan saja
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Cukup lengkap pakej mamak nieyh.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 10:08 AM | Show all posts
fish replied at 6-12-2024 09:57 AM
dalam melodi dmlm dia ada cakap, dia takut jg lps 3 hari nanti. Dia serahkan semua pd tuhan saja

tu yg she bertambah2 kurus. dah report kene tinju. tp laki tak kena2 tangkap. last resort upload kat socmed baru laki kena tgkap. tu pun alahai kalo lepas reman apa nasib she...nampak she buat video baru kurus kering dalam senyum blh nampak muka tu takut
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 10:10 AM | Show all posts
mesti mamak ni lg mrh n dendam dkt zahnita... hrpnye polis pantau la mamak ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2024 10:21 AM | Show all posts
laki dia ni ada kabel apa2 ke? sebelum2 ni takde kena amik tindakan pun.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 10:33 AM | Show all posts
tgk gamba semua anak2 sama baju dgn laki tibe zahnita baju color putih...sedih plak i olls rasa membayangkan dia xda baju sama...huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2024 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Peeeerrrhhhh kau mamak. Berani eyhh
Mati2 xnk mengaku eyhhh
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 10:41 AM | Show all posts
smlm tgk melodi.. Ya Allah.. secantik2 manusia dulu.. jadi sampai camtu.. apa pn.. hanya Allah dan dia yg taw.. moga dipermudahkan urusan dia.. amin yra..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Risau juga bila dh bebas. Boleh jd nightmare tak tenang hidup. Boleh rasa dan nmpak kerisauan dan ketakutan serta kesengsaraan dia dlm iv melodi semalam. Kes mcm ni mmg berkeperluan ada body guard 4 5org sbb nmpak terancam.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
boring la asyik berita dia je
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
cian dorothy jadi cerai ke x ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
taji2906 replied at 6-12-2024 10:21 AM
laki dia ni ada kabel apa2 ke? sebelum2 ni takde kena amik tindakan pun.

Domestic violence/rape/dera memang susah nak siasat sbb kdg2 mangsa report lepas lama kejadian berlaku, pastu tak pergi jumpa doktor dptkan medical report.

That's why apa2 hal pergi hospital gomen SEGERA, domestic violence/rape/dera dpt laluan lain kat emergency department tu. Terus nurse tarik masuk bilik yg ada polis terus. Facts. ni memang SOP. Kalau dtg dengan suami or pasangan, pastu nurse/doktor syak something, akan terus bawak ke bilik lain based on SOP domestic violence/rape.

So kalau kes rape/dera yg naik ke court tu, high chance memang terbukti. sbb mangsa terus gi hospital/ ada medical report
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 12:00 PM | Show all posts
Ada yg ckp heols datuk , tp kt atas tada letak gelaran pun. Pastu kaya ke biasa2 je , sbb mintak diskaun wang jaminan 5k.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya laki dia...x nk mengaku cederakan wife
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2024 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Perhatian media; Jalan terakhir untuk dapatkan keadilan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
borrow replied at 6-12-2024 12:00 PM
Ada yg ckp heols datuk , tp kt atas tada letak gelaran pun. Pastu kaya ke biasa2 je , sbb mintak dis ...

aiols tuduh laki ni tak kaye mane pun..rumah walopun besor ade lift (mungkin sewa), tp perabot marhein sgt..laki kalo huduh tp byk duit, automatik konfiden n tak insecure..
heols ni pakej lengkap jntan x guna, miskin+huduh+pendek+perangai cam siyal
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurang2 bila dah viral ni, npk la pihak berwajib buat keje
Kita pun aware dah ke couple ni, kot si kicap ni buat hal lg nnt
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
IzzahF replied at 6-12-2024 10:08 AM
tu yg she bertambah2 kurus. dah report kene tinju. tp laki tak kena2 tangkap. last resort upload k ...

She xde family ke dkt sini...masa ni pa pentingnya family support ni. Kesian betul.ingat org mix ni jns louder..ada jgk yg jns diam mcm ni ye..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.095969 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list