View: 16232|Reply: 6
|
“Tiada Istilah Generasi Manja” – Amir Ahnaf Tolak Dakwaan Generasi Muda Sensitif
[Copy link]
|
|
Pelakon sensasi, Amir Ahnaf menolak sekiranya generasi muda hari ini dilabel sebagai ‘generasi manja’ kerana dikatakan terlalu sensitif dan tidak kuat untuk menghadapi situasi yang sulit.
Tiada istilah generasi sekarang manja, hakikatnya kita semua memang dilahirkan untuk menjadi individu yang manja.
Sifat manja itu memang ada dalam diri semua orang dan manusia itu sendiri dijadikan sebagai orang yang sensitif jadi kenapa nak salahkan orang jadi manja?
Memetik dari Kosmo, pelakon itu mendedahkan dirinya sedang belajar untuk mengawal emosinya daripada memberikan sebarang respons terhadap buli siber yang diterimanya.
Amir berkata orang ramai perlu menghentikan gejala buli siber ini kerana ia mampu menjejaskan kesihatan mental terutama dalam kalangan generasi muda.
"Saya rasa kesihatan mental generasi muda sekarang lebih teruk kerana buli siber yang semakin berleluasa."
"Tolonglah hentikan buli ini kerana sangat tidak matang. Ada banyak lagi benda boleh dibuat selain buli siber.
"Cara saya elak terkesan daripada buli siber adalah belajar kawal emosi sendiri. Kalau kita tak mampu mengawalnya, semua perkara akan jadi lebih huru-hara selain menjadi hamba kepada emosi sendiri."
Pelakon itu turut memberi nasihat agar kerap menghubungi orang sekeliling dan bertanya khabar bagi memastikan mental sentiasa dalam keadaan baik.
Sumber – Kosmo, Beautifulnara
|
|
|
|
|
|
|
|
ikut individu tu sendiri. tak semua gen muda ni "gen manja"..tapi ramai yg menggoda haha
dah keluar filem kapla kan
harap keluar la kat asteruk nnt masa raya
|
|
|
|
|
|
|
|
setiap generasi muda mesti dikatakan manja..
kita masa remaja dulu pun dikatakan manja oleh generasi sebelum2 tu.. so nanti korang plak mengata generasi seterusnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ala dik amir ni. Skg gaya2 nk urban tak best dh tgk. Jantan helok gaya mcm remy dulu2. |
|
|
|
|
|
|
| |
|