CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4021|Reply: 0

[Sarawak] PGA Sarawak rampas rokok, arak tanpa cukai bernilai lebih RM3 juta

[Copy link]
Post time 6-1-2025 04:47 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak berjaya merampas rokok dan minuman keras tanpa cukai bernilai lebih RM3 juta dalam Op Taring Alpha yang dijalankan di bandar raya ini pada Jumaat lepas.

Komander PGA Briged Sarawak SAC Che Ghazali Che Awang berkata dalam serbuan dan pemeriksaan yang dijalankan di sebuah premis sejumlah 1,777 karton rokok putih, 695 karton rokok kretek, 11,732.5 liter bir serta 2,137.9 liter arak pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM3,023,488.75 telah ditemui.

“Dalam serbuan itu, pasukan polis turut menahan dua wanita warga tempatan yang berusia 30 dan 33 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kedua-dua suspek dan barang rampasan telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Samarahan untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, beliau berkata bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Dis tahun lepas, PGA Briged Sarawak telah melaksanakan sebanyak 287 serbuan, 630 tangkapan serta pengusiran membabitkan rampasan barang bernilai RM83.3 juta.

“Jumlah tangkapan membabitkan seramai 154 warga tempatan dan 121 warga asing.

"Selain itu, jumlah pengusiran melibatkan seramai 355 warga asing yang cuba masuk ke Sarawak melalui laluan-laluan haram di kawasan sempadan. Kesemua tangkapan dan pengusiran warga asing membabitkan rakyat dari negara Indonesia,” katanya.

Che Razali berkata pecahan nilai rampasan adalah melibatkan rokok seludup bernilai RM25.6 juta, arak dan minuman keras seludup bernilai RM6.9 juta, minyak diesel seludup bernilai RM1.2 juta, kenderaan berjumlah RM14.2 juta serta lain-lain rampasan bernilai RM35.4 juta.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.631910 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list