CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4442|Reply: 0

[Sarawak] Hospital Miri diarah siasat dakwaan tikus di wad kanak-kanak

[Copy link]
Post time 6-1-2025 04:55 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Hospital Miri telah diarahkan untuk melakukan siasatan terhadap dakwaan kehadiran tikus di wad kanak-kanak.

Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni (gambar) berkata ia termasuk mencari punca menyebabkan kehadiran haiwan perosak di wad itu.

"Saya telah mengarahkan Pengarah Hospital untuk memeriksa isu itu adakah betul atau tidak.

"Buat masa ini, apa yang boleh dilakukan, konsesi untuk hospital perlu mengambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis di Kuil Sri Kamini Durga Eswari Pertubuhan Hindu Miri di sini hari ini.

Menurut Lukanisman, sekiranya dakwaan benar, pihak hospital akan mencari cara mengatasi masalah tersebut yang antaranya meletak perangkap tikus.

Beliau juga masih menanti Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong untuk memberi maklum balas rasmi berhubung isu itu kepada media.

"Hospital Miri dalam proses menukar sepenuhnya wad-wad yang ada termasuk wad kanak-kanak ke bangunan baharu.

“Akan berlaku peralihan sangat banyak pada tahun ini di Hospital Miri.

"Wad sedia ada juga diguna pakai untuk perkhidmatan masa depan, akan dijalankan di Hospital Miri," jelasnya.

Lukanisman memberitahu bahawa Hospital Miri dapat menyediakan perkhidmatan kardiologi yang amat diperlukan dengan adanya Makmal Invasif Kardiologi (ICL) yang dijangka siap pada 2026.

Perkara tersebut pernah diumumkan Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man baru-baru ini.

"Kita sedang berusaha mewujudkan unit kardiologi sekurang-kurangnya di Hospital Miri dan ini satu permulaan pada sistem kesihatan di Miri," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.319494 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list