CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25567|Reply: 0

[Sarawak] Bomba kesal tindakan individu membuat panggilan palsu tentang kejadian lemas

[Copy link]
Post time 6-1-2025 05:08 PM | Show all posts |Read mode


BINTULU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Bintulu kesal dengan tindakan seorang individu tidak bertanggungjawab membuat panggilan palsu tentang kejadian lemas di Jambatan Sibiyu, Batu 10 di sini petang semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian terbabit jam 3.38 petang yang jaraknya 20 kilometer (km) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu.

"Seramai 12 pegawai dan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian bersama jentera Scania dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi didapati tiada kejadian lemas berlaku seperti dilaporkan.

Justeru, pasukan bomba bertindak melakukan pemantauan di kawasan sekitar dan menghubungi semula pemanggil yang melaporkan kejadian itu namun individu terbabit gagal dihubungi.

"Kita mendapati ia hanya panggilan palsu," jelasnya sambil menambah selepas didapati keadaan terkawal, pasukan bomba kembali semula ke BBP Bintulu sekitar jam 4.20 petang.

Agensi lain turut terlibat bergegas ke tempat kejadian adalah tiga paramedik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Panggilan palsu merupakan satu kesalahan serius yang boleh didakwa di bawah Seksyen 233 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sekiranya sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya di bawah Seksyen 233 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:18 PM GMT+8 , Processed in 1.492243 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list