CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3830|Reply: 13

Hysteractomy

[Copy link]
Post time 19-4-2011 10:12 AM | Show all posts |Read mode
Hi, saya nak bertanya pasal hysteractomy.  Mungkin ada yang boleh bagi pendapat apa kah kesan baik dan juga buruk selepas surgery hysteractomy.  Bagaimana pula cara untuk kita menangani masalah dan juga symptom menopause?  Ada kah pengambilan HRT bagus?  Adakah benar pengambilan HRT boleh mengakibatkan cancer? Dan juga boleh kah kita mengambil supplement sampingan seperti collagen untuk penjagaan kulit?  Tq.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2011 02:04 PM | Show all posts
memang kalau age 25 ke atas kena ambik suppliment untuk penjagaan kulit..kalau tak memang makin berkedut la
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 03:33 PM | Show all posts
Reply 1# datintipah


    datintipah dah buat surgery hysteractomy ke, kalau dah buat be positive, jangan terlalu runsing. ramai yang takut tidak boleh melayan suami, ada yang kata dah polong kosong nanti suami tak sedap. atau kena abik HRT takut badan kita tidak ada hormon lagi, semua tidak benar, saya ada sorang kawan kena buang rahim juga, mula2 memang dia tidak mau buang takut suami dia kahwin lain, tapi bila kaknab nasihat dia jangan takut, baru dia buat, sekarang alhamdulilah dia memang sihat, tak ada masaalah. ramai juga yang melarangnya buat surgery ni, kata depa kalau buat nanti suami tak rasa apa2. merepek semua. yang masuk ... hanya dekat vagina sja, bukan masuk sampai ke dalam rahim betul x.

sympton menopause, memang ada pada  setengah orang, kata depa, muka nanti rasa panas2, malam berpeluh, dan emosi sangat, selalu cepat marah, yang paling ketara kata depa vagina nanti kering, tapi macam kaknab,   kaknab tidak merasa apa2 sympton, tiba2 dah tak ada lagi period pada usia 53. mungkin sebab kaknab sentiasa berfikiran positive, terbuka, ini adalah  natural, tidak bimbang dan takut menopause, jadi bila pemikiran kita selalu positive tanpa rasa apa2 takut, dari situ dia mempengaruhi badan kita. ada kawan kaknab yang nak cakap dia dah menopause pun malu, wpun umur dah 56 masih cerita ada period lagi, mungkin dia ingat menopause awal sesuatu yang tidak baik kut.  satu hari dia nak ke mekah, dah dok cakap ada period, so kaknab tanya lah nanti kena makan ubat lah bagi period henti supaaya senang nak mengerjakan haji, kebetulan suaminya ada di situ, suami dia cakap mana ada, kotor lama dah tak mai. dah menopause 5-6 tahun dah, maknanya kawan kaknab dah menopause ketika umur 50 tahun lah. orang macam ni memang ramai dikalangan orang melayu.
wpun menopause, kita masih melayani suami kita macam dulu juga, masih boleh squirt, tidak payah ambik HRT, kaknab sendiri tidak ambik apa2 HRT kecuali ambik collagen marine untuk melembabkan kulit. mungkin sebab kaknab dari dulu suka makan makannan berasaskan soya, macam taukua(tahu, fucuk, tempe, taufufah. air soya, menyabab kan badan kita dapat secukup estrogen .
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 03:55 PM | Show all posts
Hi Datin, hysteractomy adalah removal of uterus(rahim). U kena tau adakah ovary juga akan dibuang? Apabila rahim dibuang memang haid dah tak dtg tp kalau ovary masih ada, ovary masih berfungsi sbg pengeluar hormon dan kita tak perlu hormon tambahan. Buang rahim tidak bermakna kita menopause. Biasanya doktor akan ambil darah secara berkala utk pastikan adakah hormon yg dihasilkan stabil sbb kita dah tak boleh rely on menstrual lg. Supplement tu mungkin bagus utk sesiapa saja. Sekadar berkongsi maklumat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2011 04:50 PM | Show all posts
memang kalau age 25 ke atas kena ambik suppliment untuk penjagaan kulit..kalau tak memang makin berk ...
asziemiworld Post at 19-4-2011 14:04



umur i dah 40 keatas....insyaallah kulit ok lagi lah, cuma nak buat penjagaan awal....tq ye...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 05:12 PM | Show all posts
Kolagen adalah komponen protein utama dalam tubuh. Penghasilan kolagen berkurangan pada kadar 1.5% setiap tahun selepas usia 25 tahun. Selepas usia 40-50 tahun, badan kita akan kehilangan hanpir separuh daripada kolagen yang ada. Inilah punca kedutan pada kulit.

just for info :-)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-4-2011 09:14 PM | Show all posts
Reply 3# kaknabB3

kaknab, timekasih dengan komen panjang lebar, sy sngat menghargainya.  Sekurang2 nya sy tidak bersendirian disini dan dpt nasihat dari kaknab.  sy baru sja membuat surgery hysteractomy kerana masalah ketumbuhan cyst dan endometriosis dan juga masih bernasib baik kerana ovary kanan dpt diselamatkan.  mula2 selepas dibedah mcm2 berligar dikepala sy ni, mcm2 org kata yg membuat sy merasa murung dan sedih.  Walau pun sy mendapat sokongan dari suami dan juga keluarga, tp kadang kala bila ada suara2 yg tak tahu langsung menjaga hati sy, sy merasa cepat sedih dan menangis.  Bukan semua kwn2 sy begitu, kebanyakannya memberi sokongan padu pada sy cuma ada lah segelintir yg kononnya memberi nasihat tp dlm pada tu menyakitkan hati sy.  Ada yg sampai hati bagitau sy kalau sy tak ambik hrt, nnti ada masalah seksual dan suami pun lari tinggal kan sy.  ada yg nak tau cerita lepas tu pandang sy dgn muka simpati mcm sy ni ada penyakit yg boleh bawa maut gitu lah.

Doctor gynae sy yg menasihatkan sy untuk tidak mengambil hrt buat masa ini kerana ovary kanan sy masih berfungsi.  Dia menyarankan sekiranya sy ada masalah symptom menopause yg teruk mungkin doc akan menasihatkan sy untuk mengambil hrt.  So seperti kaknab juga sy telah merubah cara pemakanan sy.  Sy tidak lagi mengambil makanan pedas, sy lebih banyakkan makan sayuran, buahan dan juga makanan dari soya.  Alhamdullillah, symptom hotflush masih ditahap rendah dan dlm kawalan.  Mungkin kerana sy bersemangat tinggi dan setiasa berfikiran positif, mood swing mmg langsung tiada, ini juga mungkin disebabkan sy seorang yg happy go lucky dan suka ketawa.  sy rasa mood sy lagi teruk masa sy masih mengalami haid kerana sakit perut yg teramat.  sekarang ini sy rasa bebas dari segala masalah, walau pun sy telah menopause belum pada waktunya.  Semua kata2 org mengenai sex bersama suami akan menjadi perkara yg menyakitkan ketika menopause, semua itu ada lah BOHONG!  Sy suami isteri masih enjoy seperti dulu kala...alhamdullillah.  Bak kata kawan sy, semua ini kita sendiri yg lakukan, so semua itu boleh di atasi.

Boleh saya tahu collagen marine brand apa yg kaknab ambil sekarang ini?  Doc hanya menyarankan sy mengambil vitamin E, agak2 brand apa yg bagus?   Pada kwn2 yg masalah seperti sy, mari lah kita berkongsi pengalaman dan pendapat.  Buangkan perasaan malu dan takut untuk bersuara.   Kalau dioversea mereka ada forum khas untuk masalah ini, di negara kita sy tak jumpa lagi setekah puas mencari di internet.  Sy bertuah kerana dpt meluahkannya disini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2011 09:16 PM | Show all posts
Reply 4# radha


    hi...ovary dikanan saya masih lagi berfungsi walau pun sy telah menopause....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2011 09:18 PM | Show all posts
Reply 6# asziemiworld


    tq beri pendapat.....Ada kawan sarankan injection collagen tp sy tak berani takut ada effect dlm perut pula....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 09:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by kaknabB3 at 19-4-2011 21:56

salam datintipah, kaknab ambik NH colla marine collagen. pastu hari2 kaknab ambik EPO. jadi kulit kaknab selalu moist moist xlah kering. sebab kulit kering lagi cepat berkedut. bukan takut kedut, memang xboleh elak bila umur meningkat tapi tak mau kulit kusam dan  xbermaya. vitamin kaknab xtau brand apa yang bagus, tapi kaknab selalu makan isi kuaci biji bunga matahari dan badam sebab memang banyak mengandungi vitamin E, sampai husband kaknab panggil kaknab parrot suka kunyah kuaci hehehe. kaknab hari2 mesti makan tomato fresh, blend air carrot dan apple. hari2 makan sayur bayam, xjemu2 wpun makan hari2 kaknab ni memang rajin buat semua ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 11:14 PM | Show all posts
Reply 9# datintipah

owh kalau takut ambik injection boleh cuba sarang burung keluaran bumiputra
sarang burung Alga Prima. cuba tengok sini untuk keterangan lanjut http://asziemiworld.blogspot.com
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2011 10:21 AM | Show all posts
salam datintipah, kaknab ambik NH colla marine collagen. pastu hari2 kaknab ambik EPO. jadi kulit ka ...
kaknabB3 Post at 19-4-2011 21:54



    salam kaknab, sama lah kita kaknab, sy pun makan bayam, most everyday tanpa jemu! tomato dgn karot mmg makan mcm ulam je.  dan sy akan pasti kan yg menu sy ada tahu atau pun tempe.  Air soya pun mmg ambik setiap hari.  Dalam sehari sy dpt hotflush mungkin 2,3 kali saja itu pun tak lah teruk sangat.  Nanti sy nak cuba browse collagen yg kaknab ambik tu ye....tq kaknab...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2011 10:21 AM | Show all posts
Reply 11# asziemiworld


    nti sy free sy browse kat link tu ye...tq....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2011 10:45 AM | Show all posts
Reply 13# datintipah


ok :-)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.224062 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list